PETALING JAYA: Bank Negara membenarkan pemindahan keluar negara wang sebanyak
USD1 bilion dari 1MDB ke PetroSaudi International (PSI), selepas suami gabenor
BNM ketika itu disogok agar ia terlaksana, bekas pengurus bank Goldman Sachs,
Tim Leissner beritahu mahkamah di AS.
Pemindahan itu berjaya dilakukan dalam tempoh semalaman, katanya. Zeti Akhtar
Aziz merupakan gabenor BNM ketika itu, dan suaminya, Tawfiq Ayman.
Leissner, saksi penting dalam perbicaraan seorang bekas pengurus bank Goldman
Sachs, Roger Ng, menyifatkan penghantaran USD1 bilion dalam tempoh semalaman
itu sebagai “tidak pernah berlaku dahulu”.
Difahamkan USD1 bilion itu termasuk USD700 juta untuk anak syarikat PSI, Good
Star Ltd yang didakwa dikawal ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho.
Dokumen mahkamah yang dilihat FMT menyatakan Leissner pada Selasa memberitahu
para juri mahkamah persekutuan, bahawa Ng memberitahunya apa yang dia dengar
tentang kelulusan segera daripada BNM itu sebaik sahaja mereka dapat tahu 1MDB
membuat pemindahan itu.
“Malaysia pada 2009 masih mempunyai kawalan modal, yang mana pelaburan sebesar
itu harus mendapat kelulusan Bank Negara,” katanya tentang wang keluar itu.
“Satu bilion dolar dihantar dari Malaysia ke usahasama itu, dan pemindahan itu
boleh berlaku kerana suami kepada gabenor BNM ketika itu disogok agar ia
terlaksana.
“Jadi dalam tempoh semalaman wang itu dipindahkan, sesuatu yang pada ketika
itu tidak pernah berlaku dahulu. BNM tak pernah memberikan kelulusan sebegitu
cepat,” katanya.
Pada November, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendedahkan
sekurang-kurangnya RM65 juta dana berkaitan 1MDB yang diambil balik dari
Singapura membabitkan akaun syarikat milik suami Zeti dan individu bernama
Samuel Goh.
Suami Zeti, dan dua anaknya, mengaku mengetahui tentang wang 1MDB itu, menurut
akuan berkanun yang ditandatangani pada Mac 2019.
Wang itu dalam akaun syarikat Cutting Edge Industries di Singapura dan mereka
bertiga mengakui pemilik akaun itu.
SD itu, yang dilihat FMT, adalah tulen dan boleh dipercayai, menurut peguam
yang menandatangani dokumen itu.
ARTIKEL BERKAITAN:
- TERDEDAH: Zeti kantoi terima lebih RM100 juta dari Jho Low, 1MDB
- Najib: Patutlah BNM, Ambank tak pernah warning saya ada transaksi meragukan, RM100 juta masuk kat dia
- Pemuda UMNO lapor polis dakwaan keluarga Zeti terima dana 1MDB, Jho Low
- Zeti perlu jawab dakwaan terima dana 1MDB, Jho Low, kata Patriot
- Akhirnya ahli keluarga Zeti tampil mengaku terima wang 1MDB
- Najib dedah SD keluarga Zeti akui terima wang 1MDB, persoal kenapa PH, Tommy Thomas, badan siasatan sorok perkara ini
- Kenapa SPRM diam tak siasat Zeti, bukti dah ada – Puad Zarkasi
- Bang Non tumpang sekaki balun Zeti, jelaskan dakwaan terima wang 1MDB, Jho Low
- Zeti nafi terima dana 1MDB but no comment, ganggu perbicaraan Najib
- Boleh percaya ke penafian Zeti, kaki kencing tu? – Najib
- Polis sahkan suami Zeti disiasat transaksi curiga dana 1MDB dari Jho Low
- BNM lulus pemindahan USD1 bilion selepas diberi sogokan
- TERDEDAH: Bekas CEO Astro minta sogokan rumah bernilai AS$10 juta tutup mulut skandal 1MDB Tim Leissner
Join our Telegram Channel