SKUDAI: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub ditugaskan untuk mengetuai perbincangan dengan parti pembangkang lain seperti Pejuang dan Warisan untuk pilihan raya negeri (PRN) Johor walaupun ia terbukti tidak berjaya.
Dalam sidang media di sini, hari ini, Lim berkata, Salahuddin adalah antara pemimpin utama yang ditugaskan untuk mengadakan rundingan dengan parti-parti tersebut.
“Jadi Salahuddin, antara pemimpin lain, adalah konduit untuk berkomunikasi dengan parti-parti ini sebagai sebahagian daripada pendekatan ‘khemah besar’ Pakatan Harapan (PH).
“Namun nampaknya ia tidak membuahkan hasil,” katanya.
Apabila ditanya mengapa rundingan tidak berjaya, Ahli Parlimen Bagan itu berkata, soalan itu perlu diajukan kepada Salahuddin.
Pejuang sebelum ini mengumumkan akan bertanding solo di 42 kerusi, manakala Warisan hari ini mendedahkan calonnya untuk enam kerusi. Kedua-dua parti itu akan bertembung dengan PH di beberapa kawasan.
Lim berkata, Malaysia adalah sebuah negara demokrasi dan ini bermakna sesiapa sahaja berhak bertanding, walaupun mengakui wujud kebimbangan penyertaan berbilang parti pembangkang di kerusi yang sama akan memecahkan undi mereka dan menguntungkan pihak lawan.
“Walaupun (Warisan) berasal dari Sabah, mereka rakyat Malaysia, jadi mereka boleh datang ke Semenanjung untuk bertanding,” katanya.
“Kami serah kepada rakyat Johor untuk memutuskan sama ada parti itu berbaloi disokong dan jika mereka secara konsisten memperjuangkan hak (pengundi) atau mereka hanya datang semasa pilihan raya.
“Biar rakyat lihat sama ada ini untuk menguatkan pembangkang atau Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).” – FMT
ARTIKEL BERKAITAN:
- Muhyiddin terpaksa tolak cabaran sumpah laknat Zahid
- Kenapa Abah takut untuk bersumpah laknat? – Zahid
- Senarai lengkap calon Barisan Nasional PRN Johor
- Marina Ibrahim calon DAP di Skudai
- Muhyiddin sahkan calon MB Johor bukan dari PAS
- Jangan pilih yang kelentong kita, bau hancing tak hilang lagi – Najib
- Guan Eng: Rundingan PH dengan Pejuang, Warisan gagal, jangan tanya saya, tanya Din
- Hadi yakin ahli UMNO undi PN #PRNJohor
- Melayu gagal sebab rasuah – Dr M
- Layak ke Muhyiddin jadi Penasihat Ekonomi Johor, soal Najib
- Jika Johor menang besar, maknanya BN menang PRU15, kata Najib
- Anwar menyesal percaya Syed Saddiq, Muda
- PAS tanding bebas lawan PN DUN Bukit Pasir #PRNJohor sedia terima tindakan
Join our Telegram Channel