BARU-baru ini telah terbongkar sebab sebenar pengeluaran i-Citra RM10,000 gagal dilaksanakan. Rupa-rupanya ia gagal mendapat persetujuan dari Muhyiddin dan menteri-menteri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Memandangkan kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan Perikatan Nasional dimana sokongan dari PPBM adalah bersyarat maka maka pengeluaran i-Citra RM10,000 gagal apabila parti tersebut tidak menyokong.
Menurut sumber, presiden PPBM dan menteri PPBM dikatakan sengaja berbuat demikian bagi memastikan imej Perdana Menteri tercalar disamping mengundang kebencian rakyat terhadap UMNO.
Dalam keadaan rakyat sedang menderita pun Muhyiddin bersama dengan menteri-menteri beliau masih lagi sibuk berpolitik kotor.
Untuk memastikan i-Citra yang sangat diperlukan oleh rakyat ini dapat dilaksanakan, maka pemimpin PN yang lain perlu memujuk Muhyiddin dan menteri-menteri PPBM agar memberi sokongan terhadap pengeluaran tersebut.
Walaupun prestasi Bursa Malaysia antara paling teruk dalam dunia bagi tahun 2021 lepas akibat darurat menggantung parlimen serta lockdown separuh masak berbulan-bulan lamanya, ketidakstabilan politik dan aliran keluar dana asing yang sangat besar sejak PRU14 namun prestasi bursa saham negara-negara lain adalah luar biasa baik dan telah berulang kali mencatat paras tertinggi dalam sejarah.
Jadi, prestasi KWSP bagi tahun 2021 lepas adalah lebih baik sebab pelaburan luar negara tabung itu terutamanya di Amerika Syarikat mendapat pulangan yang sangat baik.
Walaupun ianya masih rendah berbanding kadar 6.9% bagi dividen tahun 2017 sebelum ekonomi merudum selepas PRU14, ramalan dividen antara 5.2% hingga 6% bagi tahun lepas masih pada kadar yang baik.
Dulu, ramai juga yang kecam Datuk Seri Najib kenapa beliau pernah keluarkan kenyataan bahawa beliau mahu KWSP melabur di Amerika dan bukan hanya di Malaysia ketika DSN melawat presiden USA.
Pada pendapat Datuk Seri Najib, masa yang paling tepat bagi kerajaan membenarkan pengeluaran khas kali terakhir i-Citra bagi ahli yang terjejas ialah selepas dividen 2021 KWSP dibayar kepada pencarum tidak lama lagi dan sebelum hari raya.
ARTIKEL BERKAITAN:
- i-Citra RM10k hanya lulus jika Muhyiddin dan menteri PPBM setuju
- Ucapan Pekan diganggu Jelutong dan Shah Alam, ini teks penuh ucapan
- Menganggu Dewan, Jelutong dihalau keluar lagi
- Dulu ada yang kata i-Citra macam meminang Puteri Gunung Ledang, akhirnya syukur, MP itu sokong cadangan saya
- Tiada lagi pengeluaran caruman KWSP – CEO
- Pengeluaran tambahan i-Citra akan menjejaskan pencarum – Menteri
- PARLIMEN: Benarkan i-Sinar, jangan sampai rakyat pinjam ah long
- Anwar sokong pengeluaran KWSP
- Pengeluaran KWSP sebelum Ramadan masa paling tepat – Najib
- Tengku Zafrul terus berdegil, tiada lagi pengeluaran KWSP
- Kerajaan setuju pengeluaran KWSP RM10,000
- KWSP: Permohonan pengeluaran khas mulai 1 April
- Saya lebih rela letak jawatan dari benar pengeluaran ‘one-off’ KWSP – Tengku Zafrul
- Menteri Kewangan nafi letak jawatan
Join our Telegram Channel