JOHOR BAHRU – Datuk Seri Najib Razak menyifatkan tiada parti yang boleh
memenangi hati rakyat Johor melainkan Barisan Nasional (BN) sahaja.
Beliau berkata, selama ini begitu ramai rakyat yang tertipu dengan pelbagai
helah dan tipu daya Pakatan Harapan (PH).
“Pilihlah yang boleh tolong kita, jangan pilih orang yang kelentong kita. Bau
hancing tak hilang lagi. Saya pun boleh bau lagi.
”Sebab apa masih bau? Sebab kita semua ‘dikencing’, ditipu mereka,” katanya
penuh sinis.,” kata Najib yang berucap di depan ribuan penduduk di Taman
Cendana, Pasir Gudang petang tadi hari ini.
Najib menegaskan dalam membantu rakyat tiada parti yang boleh melawan BN.
Dalam ucapannya, Najib menyelar PH yang menutup Klinik 1Malaysia, sedangkan
rakyat hanya perlu bayar RM1 sahaja berbanding klinik swasta.
Beliau turut membidas PH yang menukar waktu operasi UTC di Pasir Gudang pada
waktu pejabat berbanding sehingga waktu malam semasa pentadbiran BN.
“Orang macam ni tak boleh pakai langsung, kita campak mereka,” kata Najib yang
menerima tepukan daripada penduduk.
Tidak kurang pula ramai yang terbeban dengan janji-janji kosong pakatan itu.
Najib berkata, beliau tidak peduli jika ada pihak yang kurang senang dengan
kehadirannya di Johor.
“Saya tahu ramai yang tidak senang dengan kehadiran saya. Tapi saya bukan
bertanding. Jadi ia bukan masalah saya.
“Siapa yang kata itu biarlah. Tengok sambutan hari ini bagaimana. Dia punya
keseronokan, riak (penduduk) bagaimana.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Muhyiddin terpaksa tolak cabaran sumpah laknat Zahid
- Kenapa Abah takut untuk bersumpah laknat? – Zahid
- Senarai lengkap calon Barisan Nasional PRN Johor
- Marina Ibrahim calon DAP di Skudai
- Muhyiddin sahkan calon MB Johor bukan dari PAS
- Jangan pilih yang kelentong kita, bau hancing tak hilang lagi – Najib
- Guan Eng: Rundingan PH dengan Pejuang, Warisan gagal, jangan tanya saya, tanya Din
- Hadi yakin ahli UMNO undi PN #PRNJohor
- Melayu gagal sebab rasuah – Dr M
- Layak ke Muhyiddin jadi Penasihat Ekonomi Johor, soal Najib
- Jika Johor menang besar, maknanya BN menang PRU15, kata Najib
- Anwar menyesal percaya Syed Saddiq, Muda
- PAS tanding bebas lawan PN DUN Bukit Pasir #PRNJohor sedia terima tindakan
Join our Telegram Channel