PAGOH: Bekas Perdana Menteri Najib Razak mempersoal kemampuan Muhyiddin Yassin untuk dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Johor kerana Ahli Parlimen Pagoh itu telah menunjukkan rekod tidak baik dan gagal menguruskan negara sebagai Perdana Menteri.
Najib berkata, sewaktu menjadi Perdana Menteri, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu gagal membantu memulihkan ekonomi rakyat akibat penularan Covid-19 apabila melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) paling lama.
“Dia buat PKP lama separuh masak, betapa susah orang, nak niaga susah, semalam saya pergi makan kedai asam pedas mereka kata sebelum PKP niaga bebat, bila PKP, darurat susah, sekarang baru nak pulih balik
“Jadi orang macam ini nak pakai lagi? Tak boleh pakai, orang macam ini kita nak dia memimpin kita, nak jadi Penasihat Ekonomi Johor? Layak ke jadi Penasihat Ekonomi Johor kalau ini rekod (masa jadi PM) itu tak termasuk rekod masa jadi MB dulu,” katanya ketika berucap memperkenalkan calon BN bagi DUN Bukit Kepong dan Bukit Pasir di bawah Parlimen Pagoh di Seri Pekembar hari ini.
Najib ketika menjelaskan ucapannya pada sidang media selepas itu berkata, tiada dalil atau bukti yang boleh dibawa dari segi pencapaiannya yang boleh meyakinkan untuk Muhyiddin diangkat sebagai Penasihat Ekonomi Johor.
Muhyiddin sebelum ini menawarkan diri untuk menjadi Penasihat Ekonomi Johor sekiranya PN dapat membentuk kerajaan negeri.
Pengerusi PN itu berkata, pihaknya mempunyai agenda besar supaya Johor menjadi negeri paling cemerlang, gemilang dan rakyatnya menjadi maju, disegani serta dihormati.
Najib turut mempersoal kebolehan calon PN Bukit Kepong, yang juga bekas Menteri Besar, Sahruddin Jamal kerana gagal menyelesaikan isu rakyat termasuk soal perumahan.
“Rumah orang miskin terbengkalai, projek rumah mampu milik tak buat (dalam kawasan Parlimen Pagoh termasuk bawah Bukit Kepong), ini projek tergendala, ini semua boleh diatasi tapi tak dibuat, oleh siapa? Oleh orang yang nak lawan Ismail Mohamad (calon BN Bukit Kepong), dia (Sahruddin) jadi MB selama sembilan bulan sahaja.
“…orang luar dari Pagoh tak ingat nama dia sebab pendek sangat jadi MB, orang inilah saya tengok watak dia berbanding watak calon kita Ismail, jauh beza, jauh panggang dari api,”katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Muhyiddin terpaksa tolak cabaran sumpah laknat Zahid
- Kenapa Abah takut untuk bersumpah laknat? – Zahid
- Senarai lengkap calon Barisan Nasional PRN Johor
- Marina Ibrahim calon DAP di Skudai
- Muhyiddin sahkan calon MB Johor bukan dari PAS
- Jangan pilih yang kelentong kita, bau hancing tak hilang lagi – Najib
- Guan Eng: Rundingan PH dengan Pejuang, Warisan gagal, jangan tanya saya, tanya Din
- Hadi yakin ahli UMNO undi PN #PRNJohor
- Melayu gagal sebab rasuah – Dr M
- Layak ke Muhyiddin jadi Penasihat Ekonomi Johor, soal Najib
- Jika Johor menang besar, maknanya BN menang PRU15, kata Najib
- Anwar menyesal percaya Syed Saddiq, Muda
- PAS tanding bebas lawan PN DUN Bukit Pasir #PRNJohor sedia terima tindakan
Join our Telegram Channel