JOHOR: DAP memperkenal kesemua 14 calon mereka yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor selepas mengumumkan dua calon terakhir iaitu Liew Chin Tong dan Marina Ibrahim.
Chin Tong yang juga Pengerusi DAP Johor bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling manakala Marina yang dicalonkan buat pertama kali bertanding di kerusi DUN Skudai.
Selain Marina, DAP turut memperkenal tiga muka baharu iaitu Ng Kor Sim di kerusi DUN Jementah serta Ahli Jawatan Kuasa DAP Johor, M. Kanan (Bekok) dan bekas Ketua Whip DAP Ahli Majlis Perbandaran Kulai, Wong Bor Yang (Senai).
Bekas ADUN Senai, Alan Tee Boon Tsong bertanding di kerusi DUN Yong Peng. Parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu turut mempertaruh lapan calon yang mempertahan kerusi yang dimenangi mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Calon yang mempertahan kerusi mereka ialah Chew Chong Sin (Mengkibol), Andrew Chen Kah Eng (Stulang), Liow Cai Tung (Johor Jaya) dan Ng Yak Howe (Bentayan). Turut dicalonkan di kawasan yang dimenangi mereka sebelum ini ialah Yeo Tung Siong (Pekan Nanas), bekas Timbalan Speaker Johor, Gan Peck Cheng (Penggaram), Pembantu Setiausaha Organisasi Dapsy, Eric Ee Chin Li (Tangkak) dan Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Ali (Paloh).
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, beliau berpuas hati dengan barisan calon yang bertanding pada PRN Johor bagi mengulangi kejayaan menang semua kerusi seperti dilakukan pada PRU-14
“Kita telah membuat beberapa tapisan dan perjumpaan. Itu satu proses yang ada kesukaran dan sulit namun akhirnya kita capai satu muafakat dalam pemilihan calon. Tentu ada yang kecewa tidak dipilih, ia perkara biasa dan yang penting akhirnya kita dapat bersatu untuk memastikan calon kita menang.
“Ini kerana akhirnya bukan individu yang bertanding itu jadi ukuran tetapi simbol dan logo DAP dan PH yang bertanding, itu yang kita kena menangkan,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Muhyiddin terpaksa tolak cabaran sumpah laknat Zahid
- Kenapa Abah takut untuk bersumpah laknat? – Zahid
- Senarai lengkap calon Barisan Nasional PRN Johor
- Marina Ibrahim calon DAP di Skudai
- Muhyiddin sahkan calon MB Johor bukan dari PAS
- Jangan pilih yang kelentong kita, bau hancing tak hilang lagi – Najib
- Guan Eng: Rundingan PH dengan Pejuang, Warisan gagal, jangan tanya saya, tanya Din
- Hadi yakin ahli UMNO undi PN #PRNJohor
- Melayu gagal sebab rasuah – Dr M
- Layak ke Muhyiddin jadi Penasihat Ekonomi Johor, soal Najib
- Jika Johor menang besar, maknanya BN menang PRU15, kata Najib
- Anwar menyesal percaya Syed Saddiq, Muda
- PAS tanding bebas lawan PN DUN Bukit Pasir #PRNJohor sedia terima tindakan
Join our Telegram Channel