Sajat berjaya tukar status jantina



PETALING JAYA – Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat memaklumkan bahawa di sudah menukar jantinanya kepada wanita secara sah di Australia.

Nur Sajat, 35, melalui sesi Live di Instagramnya berkata, dia berasa seperti dilahirkan semula dan sangat gembira kerana proses untuk menukar status jantina di negara itu mudah dilakukan.

“Saya gembira sangat semua dah selesai. Saya tukar ‘gender’ saya. Saya rasa selesa menjadi wanita, saya hargai kerana negara ini faham keadaan saya dan saya rasa sangat bebas sekarang.


“Saya boleh jadi diri sendiri, saya bangga menjadi wanita. Terasa seperti dilahirkan semula, ini yang saya mahukan. Saya mahu orang terima saya,” katanya.

Ditanya oleh pengikutnya sama ada dia akan menukar namanya, Nur Sajat memaklumkan dia akan kekal menggunakan nama Nur Sajat.

Terdahulu, Nur Sajat memilih untuk memulakan kehidupan baru di Australia sejak Oktober tahun lalu kerana berasa tidak selamat tinggal di Malaysia.

Nur Sajat sebelum itu turut menjadi buruan pihak berkuasa sehingga melarikan diri ke Thailand sebelum ditahan oleh pihak Imigresen pada 8 September 2021 kerana memiliki pasport tidak sah. – Kosmo




Join our Telegram Channel
Telegram