KENYATAAN TS ANNUAR MUSA:
Perkara 3.3(b),MOU antara Pembangkang dan YAB PM, menyebut bahawa pihak PH bersetuju akan "mengambil pendirian MENYOKONG atau BERKECUALI dalam apa apa usul yg di kemuka oleh kerajaan". (ertinya berjanji tidak akan menolak usul kerajaan)
Namun hari ini 23hb Mac 2022 pihak PH telah melanggar MOU tersebut, dengan secara mengejut meminta undi belah bagi, bagi satu usul yg dibawa oleh Menteri KDN, (usul SOSMA) dimana pihak PH telah mengundi MENOLAK usul tersebut.
Pada hemat saya, dengan tindakan itu, maka terbatal sudah MOU berkenaan.
Dan ini satu "blessing in disguise" kerana YAB PM kini bebas untuk membatal atau menggantung pelaksanaan MOU tersebut.
Ini akan memudahkan lagi tanggongjawab YAB PM (dengan perkenan YDPA) melaksanakan mandat PERHIMPUNAN AGONG UMNO (PAU) terutama berkaitan PEMBUBARAN PARLIMEN.
Ianya juga membolehkan kita segerakan PRU, selari dgn keputusan PAU tempoh hari.
Gantung MOU! Jom!... Kita buat persiapan dan bersedia untuk PRU 15.
Sumber: FB Tan Sri Annuar Musa
Terdahulu, sidang Dewan Rakyat hari ini melakar sejarah buat blok pembangkang apabila buat pertama kalinya menang dalam penentuan undi belah bahagi.
Undian dibuat mengenai usul bagi melanjutkan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) berkenaan tahanan selama 28 hari tanpa perbicaraan.
Melalui undi yang dijalankan hanya 84 ahli Parlimen bersetuju berbanding 86 yang tidak bersetuju.
ARTIKEL BERKAITAN:
- PANAS: Kerajaan gagal dapat sokongan lanjutkan subsekyen Sosma
- Annuar Musa isytihar gantung MoU dengan PH, segerakan PRU15
- Umno, Bersatu anggap MOU kerajaan-PH terbatal
- Usul lanjut SOSMA gagal sebab 30 wakil kerajaan tak hadir, kata Loke
- Ini senarai lengkap 50 Ahli Parlimen tidak hadir Dewan Rakyat ketika undian kaitan SOSMA
- Hamzah: Ada MP k'jaan keluar dewan sebelum usul Sosma diundi sebab benci tengok muka saya
Join our Telegram Channel