PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menyokong pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setelah mendengar keluhan rakyat dalam siri jelajah kempen pilihan raya negeri (PRN) Johor.
Presiden PKR itu berkata, pencarum perlu diberi kebenaran pengeluaran ini secepat mungkin tanpa karenah birokrasi serta kerajaan perlu juga mengambil kira nasib golongan rakyat yang tidak mencarum.
“Saya terus mendengar keluhan di kalangan rakyat yang hari ini berada dalam keadaan yang amat terdesak dan menekan, terutamanya dalam jelajah saya di seluruh Johor yang sedang berlangsung.
“Saya kini mendukung agar pengeluaran ini dibenarkan sesegera mungkin dan tanpa ada apa-apa halangan dan kerenah birokrasi. Kerajaan juga mesti ambil kira nasib golongan rakyat yang tidak mencarum,” kata Anwar dalam kenyataan hari ini.
Pada 20 Jan lalu, Ahli Parlimen Port Dickson itu berpandangan pengeluaran KWSP tidak boleh diberi laluan secara mudah kerana ia adalah jaminan masa depan pencarum.
Anwar berkata, daripada memberi kebenaran mengeluarkan KWSP apabila bencana menimpa negara khususnya banjir, kerajaan boleh menyalurkan pelbagai bantuan kepada mangsa.
Mengulas perkara itu, Anwar mengakui agak keberatan untuk mendukung langkah tersebut kerana ia akan memberi kesan kepada simpanan pencarum pada masa hadapan.
“Saya turut meletakkan syarat kepada kerajaan saat itu untuk menampung kerugian yang dialami rakyat akibat banjir sekiranya kerajaan enggan untuk membenarkan pengeluaran KWSP.
ARTIKEL BERKAITAN:
- i-Citra RM10k hanya lulus jika Muhyiddin dan menteri PPBM setuju
- Ucapan Pekan diganggu Jelutong dan Shah Alam, ini teks penuh ucapan
- Menganggu Dewan, Jelutong dihalau keluar lagi
- Dulu ada yang kata i-Citra macam meminang Puteri Gunung Ledang, akhirnya syukur, MP itu sokong cadangan saya
- Tiada lagi pengeluaran caruman KWSP – CEO
- Pengeluaran tambahan i-Citra akan menjejaskan pencarum – Menteri
- PARLIMEN: Benarkan i-Sinar, jangan sampai rakyat pinjam ah long
- Anwar sokong pengeluaran KWSP
- Pengeluaran KWSP sebelum Ramadan masa paling tepat – Najib
- Tengku Zafrul terus berdegil, tiada lagi pengeluaran KWSP
- Kerajaan setuju pengeluaran KWSP RM10,000
- KWSP: Permohonan pengeluaran khas mulai 1 April
- Saya lebih rela letak jawatan dari benar pengeluaran ‘one-off’ KWSP – Tengku Zafrul
- Menteri Kewangan nafi letak jawatan
Join our Telegram Channel