Tular sejak semalam apabila pelakon Erry Putra menjadi buah mulut netizen
berikutan perkongsian gambar terbaru beliau di Instagram dengan sebuah caption
yang ringkas dan tampil dengan mesej yang lucah.
Menerusi gambar yang dikongsikan, pelakon berusia 44 tahun ini menulis caption
‘rogol time’ beserta beberapa emoji yang mengundang kecaman netizen.
Tindakan beliau bukan sahaja dikecam malah turut dipersoal tujuan memuat naik
gambar dengan caption sedemikian.
Selain itu, tidak kurang yang mengaitkan tindakan Erry Putra dengan pelakon
Zul Ariffin yang didakwa mahu mempromosikan drama yang dilakonkan.
Berikut merupakan respon netizen terhadap isu yang berlaku.
Difahamkan perkongsian yang dipenuhi dengan kecaman ini walau bagaimanapun
telah diturunkan oleh Erry Putra menerusi Instagram beliau.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel