Seorang guru didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan, hari ini, berdepan lapan pertuduhan amang seksual, seks luar tabii dan kelucahan melampau terhadap seorang pelajar lelaki di bawah umur antara 2014 hingga 2021.
Tertuduh, Muhammad Nasution Noh, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
Mengikut pertuduhan pertama tertuduh didakwa merangsang seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ketika kejadian untuk melakukan suatu perbuatan kelucahan melampau dengannya di perumahan guru di daerah Kuala Krai, jam 5 pagi, pada 24 November 2014.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang tiga tahun dan maksimum 15 tahun dan juga sebatan jika sabit kesalahan.
Pertuduhan kedua hingga ketujuh, tertuduh didakwa sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa yang sama di perumahan guru di daerah Kuala Krai dan sebuah rumah di Melor Kota Bharu.
Perbuatan itu dilakukan antara jam 11 malam hingga 3 petang di antara 11 Mac 2016 hingga April 2021.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun sehingga 20 tahun dan juga sebatan.
Bagi pertuduhan kelapan, tertuduh didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap mangsa yang sama di sebuah rumah di Gunong, dekat Bachok, lebih kurang 3 pagi, pada 6 November 2021.
Perbuatan itu didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fariz Abdul Hamid manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Hasif Hassan.
Terdahulu, Ahmad Fariz tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh kerana kesalahan serius dan memohon kes dibicarakan bersama semua pertuduhan kerana membabitkan tertuduh, mangsa dan saksi yang sama.
Muhammad Hasif pula kemudiannya memohon agar guru sains dan matematik itu diberi jaminan yang minima kerana tertuduh mempunyai seorang isteri dan empat anak masih bersekolah.
Katanya, tertuduh merupakan penanggung tunggal keluarga dan tidak akan mengganggu mangsa serta saksi dan tidak akan lari kerana tinggal dan bekerja di Kota Bharu.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Isteri kantoi bawa masuk lelaki lain depan mata suami
- Lelaki 53 tahun peluk, gesel kemaluan kanak-kanak ditahan
- Rogol anak kandung, rodok kemaluan isteri dengan botol, objek keras
- Bomoh rogol bakal pengantin umur 23
- 4 abang rogol adik ditahan polis
- Direman 14 hari akibat tepuk punggung janda
- Punya cilake perangai, siap kemam seluar dalam saiz triple XXL pon boleh pacuceng
- Pelajar 16 tahun mengandung dirogol sepupu masuk pintu depan tak berkunci
- Ibu baca perbualan lucah anak 15 tahun ketagih seks dengan ayah kandung sendiri
- Bekas guru dipenjara 30 tahun, 2 sebatan rogol murid 12 tahun
- Lelaki direman cabul budak lapan tahun di tepi tali air
- Penjual kuih didakwa rogol budak 12 tahun
- Bapa mengaku rogol anak kandung
- Tular bapa lempang pemandu van sekolah cabul anak
- Guru sains didakwa 8 pertuduhan amang seksual, seks luar tabii, kelucahan melampau terhadap pelajar lelaki
Join our Telegram Channel