KAJANG – Kerajaan disarankan supaya tidak tergesa-gesa membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) anti lompat parti kerana terdapat beberapa definisi yang perlu diperhalusi secara teliti.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia berikutan sewaktu dibentangkan dalam Kabinet, ada beberapa aspek yang mengelirukan.
“Bila kita kata lompat parti ini ia sepatutnya ada definisi yang boleh diterima oleh semua pihak. Ada beberapa perkara yang dibentangkan dalam Kabinet, ada perkara yang mungkin mengelirukan.
“Sebagai contoh, seseorang yang dipecat oleh parti tidak boleh pergi ke mana-mana parti yang lain,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Penjara Ke-232 di Penjara Kajang di sini, pada Selasa.
Sebelum ini Pakatan Harapan (PH) memberi amaran untuk membatalkan perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani bersama kerajaan sekiranya RUU anti lompat parti tidak dibentangkan seperti yang dijanjikan.
Mengulas lanjut, Hamzah berkata, Kabinet sudah pun bersetuju untuk mengadakan akta berkenaan, tetapi memerlukan perincian lanjut kerana ia perlu kekal relevan untuk satu jangka masa yang panjang.
Tambah beliau, RUU berkenaan juga akan memberi peluang kepada presiden parti melakukan salah guna kuasa, sekali gus menjejaskan kestabilan pentadbiran negara.
“Pembangkang mungkin tidak tahu apa yang saya jelaskan ini, jadi kita tak salahkan mereka mahupun kerajaan.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel