SHAH ALAM - Perbuatan melakukan gurauan atau 'prank' kononnya suami atau
isteri mempunyai hubungan dengan orang lain semata-mata untuk mengejutkan
(surprise) pasangan masing-masing adalah diharamkan dalam Islam.
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, perbuatan tersebut
bukan sahaja menimbulkan panik dan takut, ia juga menyebabkan kebencian serta
marah yang membawa kepada keburukan dalam kehidupan.
Menurutnya, ia tidak membawa apa-apa kebaikan kepada hubungan rumah tangga
bahkan boleh merosakkan hubungan antara pasangan.
“Ia juga menjatuhkan wibawa suami atau isteri dan boleh menimbulkan buruk
sangka yang diharamkan oleh syarak.
“Sengaja menimbulkan buruk sangka orang terhadap diri adalah berdosa kerana
sengaja menyebabkan orang lain berdosa.
“Jelas 'prank' konon-kononnya curang (mempunyai hubungan haram dengan orang
lain) terhadap isteri merupakan perbuatan yang diharamkan di sisi Islam, maka
wajib untuk setiap yang berakal waras menghindarinya,” katanya menerusi
penulisan dalam laman web rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis pada Rabu.
Sebaliknya, Mohd Asri berkata, gurau senda yang tidak memberikan kesan buruk
terhadap hubungan sesama muslim atau tidak membawa kepada dosa adalah
dibolehkan.
Katanya, ia termasuk dalam bab muamalah atau pergaulan antara manusia yang
hukum asalnya dibolehkan atau harus selagi tidak terbabit dengan perkara
haram.
“Gurau senda yang membawa kepada hubungan baik sesama manusia, apatah lagi
sesama Muslim mendapat pahala jika niatnya baik dan caranya betul.
“Gurau senda yang membawa kemesraan antara suami isteri digalakkan oleh agama.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Solat jemaah online pakwe makwe tak sah – Zulkifli
- Haram 'prank' curang terhadap suami, isteri – Mufti
Join our Telegram Channel