Idrus dilantik semula sebagai peguam negara



Idrus Harun dilantik semula sebagai Peguam Negara untuk tempoh setahun berkuat kuasa 6 Mac 2022.

Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali dalam kenyataan hari ini berkata selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenankan pelantikan semula Idrus, 67.


Pada 6 Mac 2020 Idrus dilantik sebagai peguam negara bagi tempoh dua tahun menggantikan Tommy Thomas yang meletak jawatan pada 28 Feb 2020.

Sebelum dilantik sebagai peguam negara, Idrus merupakan hakim Mahkamah Persekutuan.

Dia juga pernah berkhidmat sebagai timbalan pendakwa raya di Jabatan Peguam Negara, penasihat undang-undang di Suruhanjaya Pilihan Raya dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Peguam Cara Negara dan juga hakim Mahkamah Rayuan. – Bernama



Join our Telegram Channel
Telegram