BARU-baru ini tular di laman sosial video yang memaparkan aktor kelas A
Hollywood, Will Smith menampar pengacara Chris Rock.
Ia terjadi susulan selepas pengacara itu berseloroh mengenai masalah alopecia
atau keguguran rambut isteri Will, Jada Pinkett Smith ketika siaran langsung
Oscars 2022.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Insiden itu
mengejutkan penonton di seluruh dunia, malah mungkin pertama kali berlaku
dalam sejarah dunia penyiaran.
Sindirian Chris terhadap keadaan fizikal Jada dikatakan menyerupai watak G.I
Jane yang dilakonkan oleh aktres Demi Moore pada tahun 1997.
Keadaan rambut Jada yang nipis dikaitkan dengan watak anggota tentera wanita
walhal Jada sebenarnya mempunyai masalah kesihatan yang dipanggil alopecia
areata.
Apakah sebenarnya keadaan yang dialami Jada? Menurut NDTV aktres itu pernah
berkongsi mengenai alopecia areata.
Jada yang juga seorang pelakon siri TV 21 Jump Street mengalami penyakit itu
dan mendedahkan diagnosisnya secara terbuka pada 2018.
Alopecia areata. |
Menurut Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat, alopecia
areata adalah sejenis penyakit autoimun.
Bagi penyakit autoimun, sistem imun individu terbabit menyerang bahagian badan
sendiri. Bagi penghidap alopecia areata, sistem imun menyerang folikel rambut
dan menyebabkan keguguran rambut.
Keadaan itu biasanya menjejaskan keadaan kepala dan muka.
Rambut biasanya gugur dalam tompok bulat kecil. Namun dalam beberapa kes,
keguguran meliputi permukaan kepala yang lebih luas. Kebanyakan penghidap
penyakit itu sihat dan tidak mempunyai simptom lain.
JENIS ALOPECIA AREATA
Apakah yang menyebabkan keadaan tersebut? Alopecia areata terjadi apabila
sistem imun menyerang folikel rambut dan menyebabkan keradangan. Penyelidik
tidak memahami sepenuhnya apa yang menyebabkan serangan imun pada folikel
rambut, tetapi mereka percaya bahawa kedua-dua faktor genetik dan persekitaran
(bukan genetik) memainkan peranan.
Alopecia areata diklasifikasikan kepada tiga jenis seperti berikut:
Bertompok: Dalam jenis yang paling biasa, keguguran rambut berlaku pada satu
atau lebih tompok bersaiz syiling pada kulit kepala atau bahagian lain badan.
Totalis: Penghidapnya kehilangan hampir keseluruhan atau semua rambut.
Universalis: Ini adalah jenis yang sangat jarang berlaku iaitu di mana
terdapat keguguran rambut yang lengkap pada kulit kepala, muka dan seluruh
badan.
RAMBUT GUGUR SEMASA MANDI
Pelakon itu mula mendedahkan tentang keadaannya secara terbuka pada siri Red
Table Talk pada 2018.
Pelakon berusia 50 tahun itu berkata alopecia areata yang dialaminya
"menakutkan" untuk ditangani. Lebih-lebih lagi rambut merupakan mahkota
kecantikan seorang wanita.
Jada mendedahkan pada peringkat awal dia menemui sejumlah besar rambut ketika
mandi.
ARTIKEL BERKAITAN:
Please subscribe
Join our Telegram Channel