Isteri pecahkan pintu dengan lesung batu gara-gara suami bawa kekasih masuk bilik tidur



Cerita isteri atau suami curang ni bukanlah benda yang baru. Lagi-lagi zaman semua benda viral ni memang nampak macam-macam ragam orang.

Baru-baru ni, video yang telah dimuat naik di TikTok telah tular di media sosial menunjukkan seorang suami kantoi sedang berdua-duaan dengan wanita lain di dalam bilik.

Kapsyen di dalam video ini mengatakan yang pasangan ini baru sahaja menimang cahaya mata enam bulan lepas sebelum suaminya bertindak untuk membawa wanita lain ke dalam rumah mereka.


Video berdurasi hampir 9 minit ini menunjukkan si isteri yang cuba untuk membuka pintu bilik tersebut kerana ingin mengambil barang-barang miliknya di dalam bilik itu.

Menurut wanita tersebut, kesemua barang di dalam bilik termasuk kipas, selimut, tuala dan bantal adalah miliknya.

Katanya, dia hanya mahu masuk untuk mengambil barang-barang kepunyaannya dan bukan untuk menyerang wanita tersebut mahu pun suaminya.

“Kau takut, aku takkan sentuhlah perempuan kau. Aku pecah pintu ni. Aku nak ambil semua. Selimut, cadar, kipas semua aku punya.”

“Wife dia tenang sebab tahu lelaki tak boleh pakai”


Dapat dilihat juga wanita dan rakannya berjaya memecahkan tombol pintu tersebut menggunakan lesung batu namun pintu itu masih belum dapat dibuka sehingga suaminya pun mengalah dan cuba untuk buka dan keluar dari bilik tersebut namun tak berjaya.

“Bukaklah sendiri, aku minta baik-baik tadi kau tak bagi.”

Namun rata-rata netizen telah memuji sikap tenang isteri lelaki ini yang dilihat tidak sikit pun menangis dengan kelakuan suaminya ini. – LobakMerah



Please subscribe



Join our Telegram Channel
Telegram