JAIS lembab, baru nak Assalamualaikum Sajat dah sampai Thailand, video terbaru Sajat



Baca perkongsiannya agar generasi hari ini tidak menjadi orang berdosa di hari akhirat bila mana mentertawakan orang beriman.

Tak ada apa yang memeranjatkan melihat Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman memperolok-olokkan JAIS dalam Tik Tok terbaru beliau.

Agar anak-anak muda tidak terlalu terpesona dengan paparan tersebut, saya coretkan sedikit beberapa pesanan.

Dah lama ayat Quran sebut tentang perkara ini :-

{ إِنَّ ٱلَّذِينَ أَجۡرَمُواْ كَانُواْ مِنَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ يَضۡحَكُونَ }

[Surah Al-Mutaffifîn: 29]

Sesungguhnya orang-orang yang derhaka, mereka selalu tertawakan orang-orang yang beriman.

Dalam tafsiran lain:

Sesungguhnya orang-orang yang berdosa adalah mereka yang dahulu menertawakan orang-orang yang beriman.

Saya yakin para pendakwah dan penguatkuasa JAIS, JAWI, JAKIM dll yang sentiasa berpesan dengan kebenaran dan menjalankan tugas mereka sudah lali dengan cemuhan – cemuhan ini. Semoga Allah SWT sentiasa memelihara mereka.

Saya lihat yang obses kepada JAIS kini adalah beliau. Tak lekang difikiran.


INTEGRITI


Jika ada yang membela beliau berjaya dengan segala jenis proses asylum etc, ingatlah bahawa integriti beliau boleh dipersoalkan. Beliau menipu bahawa dia adalah khunsa selama ini, akhirnya mengaku bahawa dia seorang transgender. Baca di sini.

Beliau menipu imigresen Malaysia dan Thailand. Baca di sini.

Menipu ketika mengerjakan umrah. WAFIQ pernah menegur hal ini. Baca di sini.


IBUBAPA BERDOA UNTUK ANAK BERTAUBAT DAN KEMBALI KE JALAN YANG BENAR


Saya berkesempatan berjumpa dengan beberapa individu mak nyah yang berhijrah di Malaysia dan di Indonesia.

Ketika ditemuramah, mereka percaya doa ibu yang tidak putus-putus mengajak mereka bertaubat itulah yang menjadi tali pengikat yang menarik mereka pulang ke jalan yang benar.

Justeru itu saya berharap agar ibu dan bapa kepada Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mendoakan agar beliau kembali ke jalan yang benar. Terangkan dengan jelas kesilapannya.

 

HUKUM AGAMA DAN “THE LAW OF PHYSIOLOGY”


Hukum agama tentang transgender atau Mukhannath sudah jelas.

Hukum fisiologi manusia juga jelas. Sampai bila terpaksa bergantung kepada estrogen dan anti-androgen luaran untuk menyekat aktiviti testosterone? (pembuangan testis akan mengurangkan hormon testosterone, tetapi testosterone masih dihasilkan oleh kelenjar adrenal)

Apabila usia meningkat, sel-sel dalam badan akan kurang responsif kepada hormon – hormon luaran ini. Hormon estrogen luaran ini mungkin terpaksa dikurangkan (maka efek keperempuanan atau feminization pun berkurang) kerana hormon estrogen bagi seorang lelaki meningkatkan risiko darah beku, sakit jantung dan stroke.





DISKRIMINASI TRANSGENDER DI AUSTRALIA


Lastly, is life as transgender that ROSY in Australia as compared to Malaysia?

Australia sangat-sangat menyokong pertukaran jantina dan penukaran identiti diri dan telah pun mengabsahkan perkahwinan sejenis.

Tetapi kajian database kebangsaan Australia yang diterbitkan dalam bulan Januari 2021 menunjukkan dikalangan transgender:-

1. diskriminasi pekerjaan yang tinggi 35%
2. pengangguran 3 kali ganda kadar kebangsaan
2. cubaan mencederakan diri yang tinggi 63%
3. cubaan bunuh diri yang tinggi 43%
4. depresi 85%
5. anxiety 79%

Kajian ini masih meletakkan punca diskriminasi dan stigma, di sebuah negara yang tiada JAWI, JAKIM, JAIS dan undang-undang tasyabbuh

The first peer-reviewed study of the health and wellbeing of transgender adult Australians paints a grim state of health. Baca di sini.

Of the 928 participants, lifetime diagnosis of depression was reported in 85 per cent and anxiety in 79 per cent. Baca di sini. (actual study paper)

Most concerningly, 63 per cent reported previous self-harm and 43 per cent had attempted suicide. These statistics are many times higher than rates for the general Australian population.

Shockingly, 35 per cent reported discrimination from employment as a result of being trans, and the unemployment rate of 19 per cent was more than three times the national rate.

Semoga kita menghargai apa yang telah Allah SWT berikan kepada kita.

Dari:
Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar
WAFIQ
Pensyarah Fisiologi
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)



Please subscribe

 
Join our Telegram Channel
Telegram