Hakim Nazlan hilang kelayakan, kes Najib akan dibicarakan semula



Najib Razak mahu perbicaraan semula kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Ini susulan rancangan bekas perdana menteri itu untuk memfailkan permohonan untuk memasukkan bukti baru dalam rayuan akhirnya dengan alasan Mohd Nazlan Mohd Ghazali sepatutnya tidak mendengar kes SRC sebagai hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ketika itu.

Peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah hari ini berkata bahawa pihaknya akan memfailkan permohonan untuk mengemukakan bukti baru berkaitan konflik kepentingan yang dikaitkan dengan hakim Nazlan.

Semalam, Shafee mendakwa hakim Nazlan sepatutnya menarik diri daripada mendengar perbicaraan SRC terhadap Najib, kerana hakim itu pernah menjadi peguam Maybank.


Alasannya, bahawa tempoh Nazlan dengan Maybank bertepatan dengan masa bank komersial itu mengeluarkan pinjaman kepada 1MDB. SRC pernah menjadi anak syarikat firma pelaburan negara itu.

Najib sedang menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan Nazlan bahawa dia bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International.

Hakim itu menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas bekas perdana menteri tersebut.

Najib juga sedang menghadapi perbicaraan berasingan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kes rasuah RM2.28 bilion berkaitan 1MDB.

Shafee hari ini berkata sekiranya Mahkamah Persekutuan membenarkan bukti tambahan berkaitan peranan Nazlan di Maybank, maka dia berharap ini akhirnya boleh membawa kepada perbicaraan semula kes SRC.


"Kami mengharapkan perbicaraan semula (kes SRC)," kata Shafee semasa sidang media di Istana Kehakiman di Putrajaya,hari ini.

Hari ini juga ditetapkan untuk pendengaran Mahkamah Persekutuan berhubung permohonan Najib untuk mengemukakan bukti baru bagi rayuan akhir SRC, iaitu seperti maklumat perbankan keluarga bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Zeti Akhtar Aziz.

Mahkamah Persekutuan juga masih belum menetapkan tarikh pendengaran rayuan Najib.

Prosiding hari ini didengar oleh Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan.

Selain Tengku Maimun, turut sama bersidang adalah Presiden Mahkamah Rayuan, Rohana Yusuf; Hakim Besar Malaya, Azahar Mohamed; Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Abang Iskandar Abang Hashim; dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Mohd Zawawi Salleh.

Nazlan, yang baru-baru ini dinaikkan menjadi hakim Mahkamah Rayuan, dan dia mensabitkan serta menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Najib pada Julai 2020.


Sebelum dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman, Nazlan adalah seorang tokoh korporat di Maybank.

SRC pernah menjadi anak syarikat 1MDB. Ia kemudiannya menjadi milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan.

Najib pula selain adalah perdana menteri ketika kejadian, adalah juga menteri kewangan, penasihat emeritus SRC International dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

Pada 7 Dis 2021, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib untuk mengemukakan bukti baru bagi rayuannya dengan memutuskan bahawa Najib gagal memenuhi Seksyen 61 Akta Mahkamah Kehakiman secara kumulatif bahawa bukti baru diperlukan untuk keadilan dalam kes itu.

Pada hari berikutnya panel yang diketuai Hakim Abdul Karim Abdul Jalil yang bersidang bersama Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara menolak rayuan Najib dan mengekalkan sabitan serta hukuman penjara yang diputuskan oleh Nazlan. – Mkini


Hakim asal kes SRC adalah Hakim Sofian tetapi beliau ditukarkan oleh Ketua Hakim Negara lantikan PH kerana abang kandung Hakim Sofian adalah orang UMNO. Kononnya ada conflict of interest.

Lalu Ketua Hakim Negara lantikan PH itu melantik pula Nazlan sebagai Hakim SRC, walhal Nazlan terlibat secara langsung dengan 1MDB ketika pembelian Tanjong Energy dan berurusan dengan Jasmine Loo dan Tim Liessner yang ketika itu mewakili 1MDB dan Goldman Sachs.

Ini hanya terdedah ketika perbicaraan di US baru-baru ini. Bukankah ini juga adalah conflict of interest? Mengapa Hakim Nazlan mendiamkan penglibatannya dalam 1MDB sebelum menghakimi kes Najib? – Nabeel Naqie


ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram