PETALING JAYA: Dengan berbaki sehari lagi sebelum penggalnya tamat, tidak dapat dipastikan sama ada kontrak Peguam Negara, Idrus Harun akan dilanjutkan atau kerajaan akan mengumumkan penggantinya.
Idrus tidak memberi maklum balas terhadap pesanan teks yang dihantar FMT awal hari ini.
Idrus, 67, yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, dilantik ke jawatan itu dengan kontrak dua tahun bermula 6 Mac 2020, beberapa hari selepas Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.
Beliau menggantikan Tommy Thomas, yang meletak jawatan pada 28 Feb 2020, selepas Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad menghantar surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong, selepas kerajaan Pakatan Harapan tumbang.
Jawatan Peguam Cara Negara juga kosong selepas persaraan wajib Abdul Razak Musa pada bulan lalu.
Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Agong boleh melantik Peguam Negara yang juga Pendakwa Raya, atas nasihat Perdana Menteri.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel