Live Update #PRNJohor: Jeritan bubar Parlimen bergema, iringi Ismail Sabri



Kemenangan demi kemenangan kerusi BN terutama kejutan dari MCA yang meraih beberapa kerusi, menjadikan pekarangan bangunan pejabat perhubungan UMNO negeri di sini bergema dengan teriakan ‘bubar, bubar, bubar (Parlimen)’.

Jeritan itu turut mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang ketika itu sedang menuju ke satu lagi ruang masuk pejabat perhubungan itu pada pukul 10 malam ini.







10.00 malam: Satu-satunya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Pas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) sebelum ini dilaporkan turut tewas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini.

Kerusi DUN Bukit Pasir yang sebelum ini dimenangi calon Pas, Najib Lep dengan mendapat 9,835 undian mengalahkan pesaingnya dari Barisan Nasional (BN), Noriah Mahat dengan majoriti 1,883 undian.

Ketika ini, calon BN, Mohamad Fazli Mohamad Salleh sedang mendahului calon-calon lain dengan 3,099 undian. 




Maszlee tewas di Layang-layang

9.45 malam:

• Tidak rasmi: Shahruddin Salleh daripada Pejuang tewas kepada calon BN di Machap. BN menang di kerusi ini pada PRU14.

• BN mendahului di Kempas dengan 8,000 undi. Pada PRU14, PH memenangi DUN ini.

• Tidak rasmi: Maszlee Malik daripada PKR kalah kepada calon BN di Layang-layang. Pada PRU14, BN menang di kerusi ini.

• Tidak rasmi: BN menang di Gambir. Pada PRU14, PH memenangi kerusi ini.

• Tidak rasmi: BN menang di Paloh. PH menang di DUN ini pada PRU14.

• Tidak rasmi: BN menang di Pemanis. PH memenangi kerusi ini pada PRU14.

• Tidak rasmi: PH menang di Bentayan. Pada PRU14, PH memenangi DUN ini.

• Tidak rasmi: BN menang di Kahang. Pada PRU14, BN menang di kerusi ini.

• Tidak rasmi: BN menang di Parit Raja.

• Tidak rasmi: BN memenangi jumlah kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri baharu.




BN rampas DUN Gambir, kerusi Muhyiddin

8.52 malam: Malaysiakini mengunjurkan BN telah memenangi Gambir, di mana penyandangnya ialah pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin.

Pun begitu, pada PRN kali ini Muhyiddin tidak mempertahankan kerusi itu dan meletakkan Mohd Solihan Badri sebagai calon dari PN.

Lawannya ialah Sahrihan Jani dari BN, Suraya Sulaiman dari Pejuang dan Naim Jusri dari PKR.

Ketika berita ini ditulis, BN memperoleh 6,947 undi kepada PKR 4,477 undi dan PN 4,264 undi. Pejuang mendapat 148 undi.

Dengan BN mendahului lebih 2,000 undi dan lebih 90 peratus undi dikira, undi tidak mencukupi untuk merapatkan jurang.




Hasni pertahan Benut, BN rampas Pekan Nenas

8.23 malam: Penyandang menteri besar Hasni Mohammad menang selesa di Benut.

Dengan lebih 80 peratus undi telah dikira, Hasni kini memiliki majoriti 4,801 undi.

Ini merupakan kemenangan ketiga BN.


8.18 malam: Malaysiakini mengunjurkan bahawa DAP akan kehilangan kerusi yang dipertahankannya di Pekan Nanas.

Ketika berita ini ditulis, MCA mendahului dengan majoriti 4,022 undi.

Dengan lebih 85 peratus undi telah dikira, Malaysiakini menganggarkan tidak cukup undi yang tinggal untuk merapatkan jurang.

Malaysiakini mengunjurkan bahawa BN juga akan mengekalkan kerusi Kukup. Majoriti Umno sebanyak 7,247 pada masa penulisan ini tidak dapat dipertikaikan.

Kedua-dua kerusi DUN itu terletak di bawah kawasan parlimen Tanjung Piai yang dimenangi BN pada pilihan raya kecil 2019.




Ahmad Maslan umum BN dahului 43 daripada 56 kerusi

8.00 malam: Pusat gerakan BN - Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan mengumumkan BN kini mendahului di 43 daripada 56 kerusi.

Antara kerusi yang didahului mereka dengan perbezaan 1,000 undi adalah N17 Semerah dan N18 Seri Medan.

Ahmad juga berkata BN kini mendahului di Bentayan.

"Jika kita menang di Bentayan, ia adalah satu keajaiban," kata ahli parlimen Pontian itu.

Dia turut mengumumkan ketibaan sejumlah pemimpin Umno, antaranya Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein, yang menurutnya adalah faktor kepada kemenangan BN di kem tentera di negeri itu.

Najib Razak disambut laungan “Hidup Bossku” sebaik tiba di bilik gerakan BN PRN Johor.




Chin Tong dahului lebih 11,200 undi di Perling, Salahuddin ketinggalan di Simpang Jeram

7.45 malam:

• BN mendahului di Sri Medah dengan 2,400 undi. Pada PRU14, BN menang di DUN ini.

• Salahuddin Ayub daripada PH ketinggalan di Simpang Jeram. Calon PN mendahului dengan 665 undi. PH memenangi kerusi ini pada PRU14.

• PH mendahului di Johor Jaya dengan 7,800 undi. PH memenangi kerusi ini pada PRU14.

• PH mendahului di Penggaram dengan lebih 6,900 undi. Pada PRU14, PH menang di DUN ini.

• PH mendahului di Mengkibol dengan lebih 6,000 undi. PH memenangi kerusi ini pada PRU14.

• PH mendahului Penggaram dengan lebih 5,000 undi. Pada PRU14, PH memenangi kerusi ini.

• Pengiraan awal meletakkan BN mendahului di 36 kerusi.

• Dr Sahruddin Jamal daripada PN mendahului di Bukit Kepong dengan 1,064 undi. Pada PRU14, PH menang di DUN ini.


• BN mendahului di Bukit Permai dengan 1,400 undi. Pada PRU14, PH memenangi kerusi ini.

• PH mendahului di Skudai dengan lebih 2,100 undi. Pada PRU14, PH menangi di DUN ini.

• BN mendahului di Bekok dengan 1,300 undi. Pada PRU14, PH menang memenangi kerusi ini.

• Liew Chin Tong daripada PH mendahului di Perling dengan lebih 7,208 undi. PH memenangi kerusi ini pada PRU14.

• MUDA mendahului di Tenang dengan 571 undi. Pada PRU14, PH menang di DUN ini.

• PH mendahului di Yong Peng dengan 1,400 undi. Pada PRU14, PH memenangi kerusi ini.

• Amira Aisya Abd Aziz daripada MUDA ketinggalan di Puteri Wangsa. Calon BN mendahului dengan lebih 1,300 undi. Pada PRU14, PH menang di kerusi ini.

• BN mendahului di Kota Iskandar dengan 1,400 undi. Pada PRU14, PH menang di DUN ini.


• BN mendahului di Stulang dengan 1,200 undi. Pada PRU14, PH memenangi DUN ini.

• PH mendahului di Penggaram dengan 2,300 undi. Pada PRU14, kerusi ini dimenangi PH.

• PH mendahului di Mengkibol dengan 3,100 undi. Pada PRU14, PH memenangi kerusi ini.

• Liew Chin Tong daripada PH mendahului di Perling dengan lebih 747 undi. Pada PRU14, PH memenangi kerusi ini.

• BN mendahului di Jementah dengan 1,200 undi. Pada PRU14, PH menang di DUN ini.

• PH mendahului di Johor Jaya dengan 3,200 undi. Pada PRU14, PH menang di kerusi ini.

• PH mendahului di Senai dengan lebih 800 undi. Pada PRU14, PH memenangi kerusi ini.

• BN mendahului di Kukup dengan 1,032 undi. Pada PRU14, BN menang di kerusi ini.




BN dahului 7 kerusi

6.50 petang:

• Setakat 6.50 petang, BN mendahului di tujuh kerusi, PH (1 kerusi), PN (1 kerusi) dan Warisan (1 kerusi).

• PN mendahului di Larkin dengan lebih 118 undi. Kerusi ini dimenangi PH pada PRU14.

• Warisan raih 3,000 undi di Permas – bekas kerusi Khaled Nordin. Pada PRU14, PH menang di kerusi ini.

• Liew Chin Tong daripada PH mendahulu di Perling dengan lebih 200 undi. Pada PRU14, PH menang di kerusi ini.

• BN mendahului di Paloh dengan lebih 800 undi. Pada PRU14, PH memenangi kerusi ini.




BN dahului di Tanjung Surat, Tenang, Mahkota

6.15 petang: 

• BN mendahului di Johor Jaya dengan lebih 575 undi. Kerusi ini dimenangi PH pada PRU14.

• BN mendahului di Tanjung Surat dengan lebih 400 undi. Pada PRU14, BN memenangi kerusi ini.

• BN mendahului di Tenang dengan lebih 118 undi. Pada PRU14, kerusi ini dimenangi PH.

• BN mendahului di Mahkota dengan lebih 200 undi. Pada PRU14, PH menang di kerusi ini.

• BN mendahului di Maharani dengan lebih 600 undi. Pada PRU14, PH memenangi kerusi ini.

• BN mendahului di Bekok dengan lebih 200 undi. Pada PRU14, kerusi ini dimenangi PH.

• PN mendahului di Jementah dengan 164 undi. Pada PRU14, PH menang di kerusi ini.




Pengundian ditutup, pengiraan menyusul

6 petang: Tamat waktu mengundi bagi PRN Johor kali ini.

Semua pusat mengundi secara rasmi ditutup.

Pemimpin setiap parti yang bertanding kini menuju ke pusat operasi pmasing-masing di mana mereka akan membuat pengiraan undi, selain Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Maklumat itu dikumpul daripada ejen parti di setiap pusat daerah mengundi (DPM) dan sumber bagi keputusan tidak rasmi.

Keputusan rasmi daripada SPR biasanya diumumkan kemudian.


Menurut prosedur SPR, undi dikira di setiap PDM sebelum dibawa ke pusat pengiraan undi, di mana jumlah keseluruhan undi akan dikira.

Kiraan semula, jika ada, hanya boleh dibuat di PDM.

Berikut adalah tempat perkumpulan parti-parti:

Pakatan Harapan - Le Grandeur Palm Resort di Senai, Johor

Perikatan Nasional - Impiana Hotel Senai di Senai, Johor

BN - Ibu pejabat Umno Johor di Jalan Yahya Awal, Johor Bahru

Muda - Jalan Rusa, Johor Bahru

 


Join our Telegram Channel
Telegram