Mahathir sebut Najib bogel 10 kali dalam kempen Felda Ayer Hitam #PRNJohor



Tun Mahathir sedang berucap sekarang. Rata-rata tiada perkara baru, dia ulang-ulang benda yang sama seperti PRU-14 yang lepas iaitu Najib, Najib, Najib dan 1MDB.

Yang dia tidak sebut ialah dia mungkir janji manifesto PRU-14, dan yang dia telah menyebabkan kerajaan gagal, ekonomi jatuh teruk dan rakyat sengsara sehingga dia terpaksa letak jawatan selepas 22 bulan memerintah.


Dan entah kenapa dia asyik sebut perkataan "bogel" dekat 10 kali dalam ucapannya.

Tun, carilah modal lain selain Najib, 1MDB dan bogel. Aduhai.

Saya rasa dia takut sangat kalau BN menang. Sebab jika BN menang PRN Johor dan PRU-15, saya lihat dia dan kroni-kroni dia yang akan di-"bogel"-kan oleh rakyat. 

– Isham Jalil


Please subscribe


Join our Telegram Channel
Telegram