Muhyiddin beri isyarat PAS sudah lupakan hudud



Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin cuba meredakan kebimbangan pengundi Cina tentang kerjasama partinya dengan PAS, yang pada masa lalu mendesak pelaksanaan hudud.

Bercakap pada majlis makan malam bersama masyarakat Cina semalam, Muhyiddin menegaskan bahawa PAS telah menjadi sebahagian daripada kerajaan ketika menjadi perdana menteri kelapan dan bertanya sama ada mereka pernah mendengar tentang "potong-potong", dalam rujukan jelas kepada hudud yang termasuk potong tangan sebagai hukuman.


“Ada orang Cina takut PAS... takut cerita ‘potong, potong, potong’.

"Ketika saya jadi perdana menteri, dalam parti saya dulu pun ada PAS. Tiga mentrei PAS. Sekarang pun tiga menteri PAS. Ada beberapa timbalan menteri PAS.

"Ada dengar dia cerita ‘potong-potong’? Tak ada lagi cerita. Pasal bila dia (PAS) sudah jadi kerajaan dia faham, dia kena ambil kira ini ada Cina, Melayu, India. Ada (agama) Islam, ada Buddhist, ada Hindu, dia kena jaga," katanya.

Makan malam di Johor Bahru, yang dianjurkan oleh pemimpin perniagaan Cina, dianjurkan di tengah-tengah kempen pilihan raya negeri (PRN) Johor.


Muhyiddin berkata dia tidak mahu melihat berulangnya PRN Melaka di mana peratusan keluar mengundi yang rendah dalam kalangan pengundi Cina menguntungkan BN yang akhirnya menang besar.

Kempen untuk pilihan raya Johor bermula pada 26 Feb. Rakyat Johor akan keluar mengundi pada 12 Mac. – Mkini


ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram