Najib bakal saman CheguBard fitnah kenyataan 'Apa lagi Cina mahu?'



Che'GuBard Original, saya beri peluang kepada kamu untuk nafikan artikel blog bertarikh hari ini.

Kononnya kamu dakwa saya pernah kata saya nak basahkan keris dengan darah Cina berdasarkan satu keratan akhbar entah mana.

Keratan akhbar dari mana? Bertarikh apa?

Ataupun buatan sendiri?

Saya bagi tempoh 24 jam untuk nafikan.

Jika tidak, saya akan saman kamu berhubung artikel tersebut.

Jika bukan, pergi lapor polis bahawa nama kamu sudah disalah guna.

Bila saya saman, saya akan saman juga kamu berhubung kenyataan kamu dalam video ini semasa kamu berkempen bagi PRK Kajang tahun 2014.


"Chegubard: Masa Najib Tanya Apa Lagi Cina Mahu, Apa Chew Mei Fun Cakap?"


Please subscribe

Sedangkan saya tak pernah kata frasa tersebut. Itu tajuk berita surat khabar.

Sedangkan juga Hanipa Maidin pernah tarik balik dakwaan berkenaan keris darah Cina terhadap saya.

"31 Okt 2013: Isu 'titis darah Cina': Hanipa tarik balik dakwaan kait Najib", baca di sini.

Dan saya pun pernah jawab Mahathir tentang dakwaan yang sama, lalu dia mengaku saya tak pernah kata begitu.

"Hunus keris mahu mandikan darah cerita dongeng, Najib jawab Dr. M". baca di sini.


Dan saya tahu bahawa geng pro-DAP sedang kuat tular semula keratan akhbar entah dari mana ataupun entah sahih ke tidak setelah mereka panas sebab saya lawat Pulau Pinang.

Sesiapa pun boleh edit gambar kononnya satu keratan surat khabar.

Cukup-cukup dengan taktik fitnah.

– Najib Razak




Sumber mereka untuk mulakan fitnah masa itu ialah satu entry "Wikipedia". Betapa gilernya dorang sedangkan sesiapa pun boleh edit entry Wikipedia. – Najib




Join our Telegram Channel
Telegram