Najib dedah dokumen Tommy Thomas yang mungkin menyebabkan Malaysia kehilangan Sabah di tangan Sultan Sulu



Biarpun kami baharu lepas PRN Johor tetapi saya rasa isu ini perlu mendapat perhatian orang ramai sebab ianya melibatkan isu kedaulatan negara.

Minggu lepas, negara kalah kes mahkamah di Sepanyol dan diarahkan untuk bayar gantirugi sebanyak RM63 bilion kepada keturunan Sultan Sulu.

Sekiranya kita tidak bayar maka kita perlu serahkan wilayah Sabah kepada mereka.

Keturunan Sulu saman negara kita pada tahun 2019 ketika pentadbiran kerajaan PH atas alasan Malaysia melanggar perjanjian 1878 antara kerajaan Sulu lama di Filipina dan wakil Syarikat Borneo Utara British yang pernah mentadbir wilayah yang kini Sabah setelah negara hentikan bayaran RM5,300 setiap tahun.


Bayaran tersebut dihentikan pada tahun 2013 selepas insiden pencerobohan Lahad Datu yang mengakibatkan pengorbanan 10 ahli anggota negara keselamatan.

(Apa? Kamu langgar perjanjian dengan ceroboh negara kita dan bunuh 10 wira kami dengan cara begitu kejam, masih harap kami bayar kamu?)

Yang saya tak faham ialah Peguam Negara masa kerajaan PH telah tulis surat pada tahun 2019 kepada peguam UK yang mewakili keturunan Sulu yang sedang saman negara kita untuk mengaku Malaysia kesal dengan pemberhentian bayaran dan menawar untuk bayar "tunggakan" dari tahun 2013 hingga tahun 2019 berjumlah RM48,300 bagi menyelesaikan kes.

Saya memang tak faham kenapa dia kesal. Dia kesal bahawa "hanya" 10 ahli anggota keselamatan kita terbunuh atau apa?

Lagipun, keturunan Sulu sanggup upah peguam UK untuk saman kita untuk pampasan berpuluh bilion Ringgit di negara Sepanyol.


Jadi, adakah Tommy dan kerajaan PH fikir bahawa keturunan Sulu akan hentikan kes setelah dibayar pampasan RM48,300 sahaja?

Akibatnya, selain kerajaan PH tidak menghantar wakil ke kes mahkamah Sepanyol, surat peguam negara tahun 2019 ini yang dijadikan bukti dan alasan utama oleh peguam keturunan Sulu bagi menang kes ini sebab surat ini disifatkan sebagai pengakuan bahawa negara telah "salah" dan kita "kesal".

Surat tahun 2019 ini juga digunakan oleh peguam UK minggu lepas untuk sangkal pendirian peguam negara hari ini bahawa identiti waris terbabit diragui.

"10 Mac 2022: Peguam UK sangkal dakwaan AGC mengenai identiti waris Sultan Sulu". Rujuk di sini.

Sekiranya kamu kata Malaysia sudah mengaku salah dan kesal, adakah kami masih berpeluang untuk menang kes ke?


Sebab ini isu berat, saya nak tanya pemimpin-pemimpin kerajaan dahulu termasuk Mahathir, Guan Eng dan Muhyiddin:

Adakah surat yang luar biasa bodoh ini diluluskan jemaah menteri masa itu ataupun ianya hanya surat dari Tommy sebagai Peguam Negara sahaja?

Dan mengapa keturunan Sulu perlu tunggu dari tahun 2013 hingga kerajaan bertukar tangan pada tahun 2018 sebelum memulakan saman terhadap negara?

Korang sudah hilangkan Pulau Batu Puteh tanpa penjelasan sebaik sahaja korang ambil alih kerajaan.

Jangan pulak kedaulatan Sabah turut hilang ataupun negara perlu bayar pampasan RM63 bilion akibat kelemahan dan kebodohan korang juga.

– Najib Razak










Join our Telegram Channel
Telegram