PANAS: Najib saman CheguBard fitnah kenyataan 'Apa lagi Cina mahu?'



Dua hari lalu saya cabar Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng untuk ulang secara awam bahawa saya pernah kata "Apa lagi Cina mahu?"

Lim Lip Eng pandai.

Dia tak berani ulang sebab dia ianya adalah fitnah.

Chegubard pula tak mengalah.

Dia kata memang and bukti muka hadapan Utusan dan "beberapa media" pernah melaporkan ucapan ugutan saya tersebut pada tahun 2013.

Bebalnya.


Tak payah buang masa dengan individu yang gagal untuk bezakan tajuk berita media dengan apa yang saya ucap sebenarnya.

Saya saman.

Di mahkamah, dia boleh baca kesemua artikel-artikel media line-by-line tersebut untuk tunjukkan bahagian mana yang saya pernah ugut atau gunakan ayat "Apa lagi Cina Mahu?"

JIka dia tak berjaya cari maka kami berterima kasih kepada dia sebab dia bakal sumbang bantuan besar-besaran secara paksa untuk saya agihkan kepada Rakyat.

– Najib Razak



 


Join our Telegram Channel
Telegram