CYBERJAYA: Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau telah memohon agar orang muda diberi laluan untuk memimpin Kerajaan Negeri Johor.
Kata Ahli Dewan Undangan (ADUN) Benut itu lagi, cadangan itu berlandaskan faktor sokongan dan kedudukan anak muda yang penting dalam pembangunan Johor.
“Melihat sokongan dan kedudukan orang muda yang penting dalam pembangunan negeri Johor, dan demi kemakmuran negeri yang berpanjangan, saya mencadangkan agar pucuk pimpinan parti memilih orang muda untuk memimpin negeri Johor.
“Kerajaan Negeri di bawah pimpinan saya telah berikhtiar sebaik mungkin untuk menjadikan negeri Johor berdaya tahan dalam mendepani cabaran-cabaran pandemik COVID-19,” katanya lagi.
Hasni berkata, di bawah kepimpinan baharu, negeri Johor akan menjadi lebih makmur dan sejahtera.
“Seperti yang saya ucapkan pada malam kemenangan BN Johor tempoh hari, tiada ideologi politik, ahli politik dan parti politik yang lebih besar, lebih penting dan lebih utama daripada Johor Darul Ta’zim.
“Kini merupakan masa untuk kita bersama-sama membina Johor yang lebih makmur,” katanya lagi.
Terdahulu, terdapat tiga nama yang telah disenarai pendek sebagai calon MB selain Hasni, iaitu Datuk Onn Hafiz Ghazi (ADUN Machap) dan Datuk Mohd Puad Zarkashi (ADUN Rengit),
ARTIKEL BERKAITAN:
- Sultan Johor akan putuskan siapa MB petang ini
- Hasni cadang orang muda pimpin Johor
- TERKINI: Onn Hafiz dikhabarkan bakal MB Johor
- Shahrir Samad ‘malu’ Hasni tidak dilantik MB Johor
- SAH: Onn Hafiz MB Johor ke-19
- Ampun Tuanku, berotaklah sedikit, kata Zaharin selepas Sultan Johor perkenan Onn Hafiz sebagai MB
Join our Telegram Channel