KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mempertimbang pengeluaran i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM10,000 bagi mengelak rakyat memilih untuk meminjam dengan ah long.
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, satu kajian juga perlu dilakukan tentang perkara itu dan sekiranya RM10,000 tidak dapat diberikan maka, RM5,000 sudah memadai.
“Walaupun kerajaan sudah buat keputusan. Rakyat Sabah minta saya suarakan agar kerajaan beri kebenaran untuk keluarkan i-Sinar KWSP sebanyak RM10,000.
“Kita tahu, kerajaan mahu dahulukan ekonomi tetapi, kalau tidak dapat RM10,000, bagi lah RM5,000. Itu duit mereka, mungkin ada kepentingan untuk digunakan.
“Kita tidak mahu, silap-silap rakyat berhutang dengan ah long sebab sudah tiada sumber,” katanya pada sesi Perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.
Sementara itu, Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub ketika Perbahasan Titah Diraja turut membangkitkan perkara sama, mahu kerajaan mengkaji semula pengeluaran wang KWSP.
Kata Ahmad Jazlan, beliau membawa suara rakyat di kawasannya yang mahu perkara berkenaan di bawa ke Dewan Rakyat dan berharap kerajaan dapat membenarkan pengeluaran wang KWSP.
“Apabila dibangkitkan perkara, ada kata kita tidak sokong kerajaan. Ini sebenarnya bukan soal tidak sokong kerajaan. Ini untuk perjuangkan permintaan rakyat yang mahu kerajaan dengar masalah mereka.
“Kerajaan kata (tidak benarkan pengeluaran) untuk masa depan. Dalam soal ini bagaimana untuk mereka (rakyat) fikirkan masa depan sedangkan pada masa sekarang pun mereka sudah berdepan kesusahan.
“Rakyat berdepan pelbagai masalah, ada yang tidak mampu bayar kereta, terpaksa keluar rumah akibat tidak dapat bayar sewa dan ada yang masih tidak dapat kerja selepas hilang kerja sebelum ini,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:
- i-Citra RM10k hanya lulus jika Muhyiddin dan menteri PPBM setuju
- Ucapan Pekan diganggu Jelutong dan Shah Alam, ini teks penuh ucapan
- Menganggu Dewan, Jelutong dihalau keluar lagi
- Dulu ada yang kata i-Citra macam meminang Puteri Gunung Ledang, akhirnya syukur, MP itu sokong cadangan saya
- Tiada lagi pengeluaran caruman KWSP – CEO
- Pengeluaran tambahan i-Citra akan menjejaskan pencarum – Menteri
- PARLIMEN: Benarkan i-Sinar, jangan sampai rakyat pinjam ah long
- Anwar sokong pengeluaran KWSP
- Pengeluaran KWSP sebelum Ramadan masa paling tepat – Najib
- Tengku Zafrul terus berdegil, tiada lagi pengeluaran KWSP
- Kerajaan setuju pengeluaran KWSP RM10,000
- KWSP: Permohonan pengeluaran khas mulai 1 April
- Saya lebih rela letak jawatan dari benar pengeluaran ‘one-off’ KWSP – Tengku Zafrul
- Menteri Kewangan nafi letak jawatan
Join our Telegram Channel