PETALING JAYA: Polis tidak menolak kemungkinan bekalan benih pokok ganja yang ditanam seorang penyanyi nasyid di rumahnya di Kota Damansara, dekat Kuala Lumpur, dibeli daripada pembekal dalam talian.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakrudin Abdul Hamid berkata, berdasarkan siasatan awal, suspek tidak terbabit dengan aktiviti pengedaran dan memproses dadah.
Katanya, hasil soal siasat ke atas suspek berusia 47 tahun itu mendapati pokok ganja itu tidak dijual, sebaliknya ditanam untuk kegunaan sendiri.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut sebaik siasatan selesai,” katanya dipetik Berita Harian.
Tindakan penyanyi nasyid yang juga komposer muzik itu menanam pokok ganja terbongkar selepas polis menyerbu sebuah unit kondominium di Kota Damansara pada Khamis lalu.
Dalam serbuan 5.30 petang itu, polis menemui 17 pokok dalam pasu yang disyaki ganja dalam sebuah bilik, balkoni rumah dan almari baju.
Polis turut menemui dua plastik lutsinar ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 214 gram, selain menyita sebuah kenderaan jenis Toyota Wish dan sejumlah wang tunai yang nilai keseluruhan sitaan dianggarkan RM40,700.
“Suspek mempunyai sejarah terlibat dengan penagihan dadah selama 10 tahun dan penanaman pokok ganja lebih kurang dua bulan,” katanya semalam sambil menambah hasil ujian saringan awal urin ke atas suspek didapati positif dadah jenis THC.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Penyanyi nasyid terkenal ditahan bersama 17 pokok ganja (5 gambar)
- Penyanyi nasyid mungkin beli benih pokok ganja ‘online’, kata polis
- 2 artis berdepan hukuman gantung
- Penyanyi nasyid tanam ganja didakwa esok, kata polis
- Yasin tiba di mahkamah pendakwaan kes dadah
- Yasin Sulaiman kirim salam kepada Syed Saddiq, bakal didakwa tanam ganja dalam rumah
- Syed Saddiq minta kerajaan halalkan ganja untuk perubatan
- Yasin mengaku tak bersalah tanam 17 pokok ganja
- Yasin didakwa edar ganja, berdepan hukuman mati
- Anak-anak semua sedang menunggu dia – Abang Kandung Yasin
- Yasin bimbang 'gila' diserang bipolar tanpa ikat jamin
- Saya konsisten gesa kebenaran ganja untuk perubatan – Syed Saddiq
- Ganja tidak sesuai rawat Bipolar
- Bebaskan Yasin dari penjara, tolong rawat dia – Wardina
- ‘Kepada Yasin, berubahlah…’ – Rabbani
- PANAS: Netizen bongkar 3 kes ganja libat VVIP yang ramai dah lupa
- Hafiz Hamidun pernah tengok Yasin mengamuk di studio, berulang kali minta maaf bila berjumpa
- Siapa sebenarnya isteri Yasin Sulaiman?
- Yasin perlu rawatan pakar psikiatri segera – Peguam
Join our Telegram Channel