#PRNJohor: 35% keluar mengundi setakat 1 tengah hari



PETALING JAYA: Peratusan keluar mengundi bagi pilihan raya negeri (PRN) Johor setakat pukul 1.00 tengah hari adalah sebanyak 35%, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ia membabitkan 2,539,606 pengundi biasa daripada sejumlah 2,597,742 pemilih berdaftar bagi PRN itu di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga pengundian berakhir pada sebelah petang.

Bagi proses pengundian hari ini, pusat mengundi yang mempunyai satu atau dua saluran telah ditutup lebih awal seperti yang diwartakan iaitu Balai Raya Pulau Besar di Mersing ditutup pada 11 pagi tadi, Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pemanggil, Mersing pada 1 tengah hari.


Sebanyak 15 pusat mengundi pula akan ditutup pada 2 petang, manakala 41 pusat mengundi ditutup pada 4 petang. Pusat-pusat mengundi lain akan ditutup pada 6 petang.

Seramai 239 calon daripada 15 parti politik akan bertanding merebut kerusi DUN. Dua kerusi DUN menyaksikan pertandingan tujuh penjuru; empat kerusi DUN melibatkan enam penjuru; lapan kerusi DUN melibatkan lima penjuru dan 35 kerusi (empat penjuru).

PRN Johor hari ini, adalah pilihan raya pertama di negara ini bagi anak muda merasai sendiri pengalaman keluar mengundi bagi memilih wakil rakyat, melibatkan 173,177 individu berusia 18 hingga 20 tahun. – FMT 



Join our Telegram Channel
Telegram