PETALING JAYA: Pelakon, Zul Ariffin sudah memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di Cyberjaya hari ini, susulan perkongsian video memaparkan adegan panas drama “Perempuan Itu” lakonannya.
“Saya sudah memberikan kerjasama penuh kepada SKMM berhubung siasatan berkaitan penerbitan drama bertajuk ‘Perempuan Itu’,” tulisnya di Instagram.
Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa dilaporkan berkata, Zul disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana “posting” YouTube yang menyalahi undang-undang.
“Yang pasti adegan seperti yang dipapar itu tidak akan dibenar tayang, sama ada bulan Ramadan atau bulan yang lain. Jagalah nilai dan budaya,” tulis Annuar di Twitter hari ini.
Semalam, Zul memohon maaf kerana memuat naik klip babak panas drama itu dan berjanji akan lebih berhati-hati dalam memuat naik sebarang bahan diberikan kepadanya untuk dipromosikan di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel