Sejak semalam tular di media sosial berkenan penahanan seorang YouTuber dan tiga rakannya bagi membantu siasatan berhubung kematian teman wanita setelah mengalami kecederaan parah dipukul sebelum meninggal dunia dalam satu kejadian di Teluk Kumbar.
Hari ini seorang cikgu dari Sekolah Henry Gurney, tampil memberi sepatah kata dua di siaran Youtube Zaman Ajmain.
Menurut cikgu tersebut, kedua suspek dan juga mangsa adalah bekas pelajar sekolah Henry Gurney.
Beliau ternyata kecewa dengan kematian allhyarhamah dan juga kesal dengan sikap bekas pelajar terlibat yang disifatkannya tidak berubah walaupun sudah keluar dari sekolah pemulihan akhlak tersebut.
Ada kesan lebam di kepala dan seluruh badan
Menerusi laporan dari Harian Metro, Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal memaklumkan yang empat lelaki berusia 23 hingga 28 tahun telah ditahan sekitar Teluk Kumbar bagi membantu siasatan kes bunuh berkenaan.
“Polis menerima laporan daripada seorang doktor di Hospital Balik Pulau (HBP), di sini pada 10.39 malam Sabtu memaklumkan seorang wanita berusia 20 tahun dibawa ke hospital itu selepas tidak sedarkan diri dan berada dalam keadaan kritikal.”
“Pemeriksaan ke atas mangsa mendapati terdapat kesan lebam di kepala dan seluruh tubuhnya sebelum wanita itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut berikutan keadaannya kritikal,” katanya. – Hmetro / OhMymedia
ARTIKEL BERKAITAN:
Please subscribe
Join our Telegram Channel