PETALING JAYA: Najib Razak secara sinis menyindir sikap Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang secara terbuka menyokong Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri, tetapi sebaliknya “secara tersorok” berusaha untuk menumbangkan Naib Presiden Umno itu.
“Pelik dengan dia ni. Secara terbuka dia kata dia sokong Ismail jadi PM.
“Di belakang pula, dia berusaha kuat minta sokongan merata-rata secara tersorok untuk tumbangkan Ismail. Bila digelar pengkhianat, dia marah pula,” katanya di Facebook.
Terdahulu, Pengerusi Pejuang, Dr Mahathir Mohamad semalam mendedahkan beliau didatangi Muhyiddin untuk mendapatkan sokongan menjadi Perdana Menteri ke-10.
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim turut mengakui ada bertemu dengan Muhyiddin namun menyifatkan pertemuan itu sebagai “perbincangan biasa” tanpa menyentuh kerjasama politik atau menyokong Muhyiddin kembali menjadi Perdana Menteri.
Presiden Warisan, Shafie Apdal kemudian turut memaklumkan Pengerusi Perikatan Nasional itu ada menghubunginya untuk membentuk kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
“Dia mahu jadi jadi PM kembali, dia pun berhubung dengan Mahathir, Anwar dan Shafie secara tersorok untuk minta sokongan.
“Tapi ketiga-tiga yang dia minta sokongan juga mahu jadi PM. Jadi, siapa yang akan jadi PM jikapun kerjasama mereka berjaya?,” kata Najib.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, jika kerjasama itu berjaya dibentuk sejarah kerajaan tikam-menikam dan tidak stabil pasti akan berulang seperti mana selepas Pakatan Harapan menang PRU14.
ARTIKEL BERKAITAN:
- MP PAS dedah ada pimpinan tertinggi mahu kerjasama PN-PH
- DEDAH: Muhyiddin anjur perbincangan antara PN, PH di Pulau Carey
- Muhyiddin jumpa Dr M cadang kerjasama #PRU15
- Hadi akan bertemu Dr M bentuk kerjasama #PRU15
- Muhyiddin terdesak? Selepas jumpa Dr M, dia call saya, dedah Shafie Apdal
- Lepas tikam belakang, Muhyiddin minta sokong untuk jadi PM semula – Dr M
- Depan sokong Ismail jadi PM, belakang khianat, Najib sindir Muhyiddin
- Pejuang yang jumpa saya dulu – Muhyiddin
- Janji tak serupa bikin, tikam belakang, DAP-Amanah tolak kerjasama Muhyiddin
- Muhyiddin sedar PN tak mampu tumbangkan BN – Hashim Jasin
- Umno mahu kerjasama ke lepas pertemuan Muhyiddin-Dr M, soal Zahid
Join our Telegram Channel