PETALING JAYA – Ganja tidak sesuai bagi merawat penyakit Bipolar kerana
mempunyai kesan jangka masa panjang sehingga boleh menyebabkan gangguan
schizophrenia serta bunuh diri.
Menerusi satu hantaran di Facebook Public Health Malaysia berkata, tidak kira
apa sahaja manfaat jangka pendek yang dirasakan pesakit daripada ganja, bukti
menunjukkan dengan jelas kepada perkaitan antara penggunaan dan penyakit
bipolar yang semakin teruk dari semasa ke semasa.
Menurutnya, penggunaan ganja dikaitkan dengan episod afektif yang lebih teruk
seperti gejala psikotik, kitaran bipolar lebih pantas, percubaan bunuh diri,
pengurangan remisi jangka panjang, fungsi global yang lebih lemah dan
peningkatan ketidakupayaan.
“Dalam satu kajian terhadap 4915 peserta, Henquet et al mendapati peningkatan
yang kuat terhadap simptom manik yang dikaitkan dengan kanabis selama tiga
tahun susulan.
“Kajian juga menunjukkan penggunaan ganja bagi pesakit bipolar menyebabkan
pesakit mengalami gangguan schizophrenia. Ini berlaku dalam 47 peratus pesakit
yang menjadi psikotik selepas 4 tahun penggunaan,” tulisnya.
Mengulas lanjut, katanya, pesakit Bipolar perlu menjauhkan diri dengan
penggunaan ganja.
“Pakar perubatan tidak seharusnya berundur dan menerima desakan pesakit untuk
menggunakan ganja sebagai rawatan.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Penyanyi nasyid terkenal ditahan bersama 17 pokok ganja (5 gambar)
- Penyanyi nasyid mungkin beli benih pokok ganja ‘online’, kata polis
- 2 artis berdepan hukuman gantung
- Penyanyi nasyid tanam ganja didakwa esok, kata polis
- Yasin tiba di mahkamah pendakwaan kes dadah
- Yasin Sulaiman kirim salam kepada Syed Saddiq, bakal didakwa tanam ganja dalam rumah
- Syed Saddiq minta kerajaan halalkan ganja untuk perubatan
- Yasin mengaku tak bersalah tanam 17 pokok ganja
- Yasin didakwa edar ganja, berdepan hukuman mati
- Anak-anak semua sedang menunggu dia – Abang Kandung Yasin
- Yasin bimbang 'gila' diserang bipolar tanpa ikat jamin
- Saya konsisten gesa kebenaran ganja untuk perubatan – Syed Saddiq
- Ganja tidak sesuai rawat Bipolar
- Bebaskan Yasin dari penjara, tolong rawat dia – Wardina
- ‘Kepada Yasin, berubahlah…’ – Rabbani
- PANAS: Netizen bongkar 3 kes ganja libat VVIP yang ramai dah lupa
- Hafiz Hamidun pernah tengok Yasin mengamuk di studio, berulang kali minta maaf bila berjumpa
- Siapa sebenarnya isteri Yasin Sulaiman?
- Yasin perlu rawatan pakar psikiatri segera – Peguam
Join our Telegram Channel