KENYATAAN MEDIA
PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH
DAKWAAN YB TUN DR. MAHATHIR AKAN DISIASAT
POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) MENGESAHKAN BAHAWA TIADA SIASATAN BAHARU DIBUAT
KE ATAS YB TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD SEPERTIMANA DILAPORKAN OLEH BEBERAPA
PORTAL BERITA.
KALI TERAKHIR BEKAS PERDANA MENTERI BERKENAAN DIPANGGIL OLEH PDRM ADALAH PADA
23 MAC 2022 BAGI MEMBANTU SIASATAN KES TERBITAN BUKU BEKAS PEGUAM NEGARA, TAN
SRI TOMMY THOMAS.
RAKAMAN PERCAKAPAN BELIAU DIAMBIL HANYA SEBAGAI SAKSI BAGI MENJAWAB BEBERAPA
PERSOALAN YANG DITIMBULKAN DALAM BUKU DIHASILKAN OLEH BEKAS PEGUAM NEGARA
TERSEBUT, BERJUDUL "MY STORY: JUSTICE IN THE WILDERNESS".
(DATO' SRI ABD JALIL BIN HASSAN) CP
PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH
POLIS DIRAJA MALAYSIA
-TAMAT-
(Dikeluarkan pada 4 April 2022 jam 11.30 malam)
ARTIKEL BERKAITAN:
- Dr M dakwa akan disoal siasat selepas pertikai sistem keadilan terhadap Najib
- Ini respon PDRM selepas dakwaan Dr M akan disoal siasat
- Jangan sebut nama Najib – Mahathir
Join our Telegram Channel