BALIK PULAU – Seorang rakan YouTuber popular dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita yang juga teman wanitanya awal bulan ini.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Abdul Jamal Ahmad, 23, dan dia hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Fadrina Zulkhairi.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa menyebabkan kematian Nur Diyanah Haris, 21, di sebuah rumah di No. 12A, Lintang Kampung Masjid, Teluk Kumbar di sini.
Kesalahan itu didakwa dilakukan antara pukul 9 pagi hingga 5 petang pada 3 April lalu.
Abdul Jamal didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Atikah Asharaf Ali, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel