MELAKA: Kumpulan nasyid terkenal tanah air, Rabbani mendoakan agar penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman reda dengan ujian serta dapat mendepani tindakan undang-undang dengan berubah menjadi insan lebih baik.
Ketua kumpulan, Azadan Abdul Aziz berkata, Yasin seharusnya melihat ujian tersebut sebagai satu permulaan merubah diri sendiri daripada kesilapan atau perkara yang memudaratkan.
“Untuk sahabat kami yang sedang diuji (Yasin) percayalah ujian anda terima ini adalah satu permulaan untuk menjadi lebih baik. Terima ujian ini dengan reda, orang kata terus berubah.
“Panggillah doktor sekalipun, penceramah hebat macam manapun mereka tidak akan dapat merubah diri kita tetapi diri kita sendiri sebenarnya,” katanya selepas Majlis kerjasama Gogopasar dan Koperasi Perkhidmatan Pelajaran Nasional (Kopenas) di Ayer Keroh di sini hari ini.
Pada majlis itu, Rabbani yang turut terlibat dalam bidang keusahawanan dilantik menjadi Gogopreneur sebagai inspirasi kepada orang ramai menggunakan konsep pendigitalisasian dalam perniagaan.
Terdahulu, Yasin, 47, berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret, Petaling Jaya, Selangor atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja di sebuah kondominium dua minggu lalu.
Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengulas lanjut, Azadan turut mengingatkan warganet (netizen) untuk tidak terus mengeluarkan komen atau kata-kata yang boleh menimbulkan kebencian, atau menjejaskan industri nasyid dalam laman sosial.
“Kepada netizen, ingat ya setiap perkataan kita keluarkan itu kalau membuatkan orang benci kepada lagu-lagu nasihat, orang membenci kepada agama, itu ‘saham’ yang tidak baik. Jadi jangan sebab perkataan, kata-kata kita terjerumus dalam kemaksiatan, kalau kita rasa diam itu lebih baik, berdiam sahajalah dan berdoa kepada Allah,” jelasnya.
Tambahnya, selepas Yasin dikenakan tindakan undang-undang, pihaknya turut menjadi sasaran rakan-rakan seperjuangan dan orang ramai yang cuba mendapatkan kepastian.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Penyanyi nasyid terkenal ditahan bersama 17 pokok ganja (5 gambar)
- Penyanyi nasyid mungkin beli benih pokok ganja ‘online’, kata polis
- 2 artis berdepan hukuman gantung
- Penyanyi nasyid tanam ganja didakwa esok, kata polis
- Yasin tiba di mahkamah pendakwaan kes dadah
- Yasin Sulaiman kirim salam kepada Syed Saddiq, bakal didakwa tanam ganja dalam rumah
- Syed Saddiq minta kerajaan halalkan ganja untuk perubatan
- Yasin mengaku tak bersalah tanam 17 pokok ganja
- Yasin didakwa edar ganja, berdepan hukuman mati
- Anak-anak semua sedang menunggu dia – Abang Kandung Yasin
- Yasin bimbang 'gila' diserang bipolar tanpa ikat jamin
- Saya konsisten gesa kebenaran ganja untuk perubatan – Syed Saddiq
- Ganja tidak sesuai rawat Bipolar
- Bebaskan Yasin dari penjara, tolong rawat dia – Wardina
- ‘Kepada Yasin, berubahlah…’ – Rabbani
- PANAS: Netizen bongkar 3 kes ganja libat VVIP yang ramai dah lupa
- Hafiz Hamidun pernah tengok Yasin mengamuk di studio, berulang kali minta maaf bila berjumpa
- Siapa sebenarnya isteri Yasin Sulaiman?
- Yasin perlu rawatan pakar psikiatri segera – Peguam
Join our Telegram Channel