Baru-baru ini, agak kecoh di media sosial apabila bekas penyanyi nasyid, Yasin Sulaiman telah ditangkap kerana menaman 17 pokok ganja di rumahnya.
Ketika dihadapkan ke mahkamah, penyanyi ini ada menyebut nama Syed Saddiq meminta agar bekas menteri itu menyegerakan kelulusan kanabis bagi tujuan perubatan di Parlimen.
Menerusi Twitter, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengatakan yang beliau telah menyedari sejak akhir-akhir ini banyak perbincangan dibuat mengenai ganja digunakan sebagai ubat oleh netizen di media sosial.
Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengamalkan polisi berdasarkan bukti secara konsisten.
Oleh itu, kementerian ini mengalu-alukan mana-mana kajian klinikal tentang penggunaan kanabis sebagai perubatan.
Kami menjemput kajian klinikal penggunaan CBD (kanabis) bagi tujuan perubatan.
Ia boleh dikendalikan oleh Institut Kajian Klinikal (ICR) dan Clinical Research MY.
Namun begitu, Khairy mengatakan setakat ini masih tiada lagi penyerahan penyelidikan penuh mengenai perkara ini oleh mana-mana pihak.
Setakat ini tiada penyerahan penuh bagi kajian klinikal diberikan. Hanya luahan tentang minat, cakap-cakap dan advokasi media sosial.
So far, there have been no full submissions for a clinical study/trial. Much expressions of interest, talk and social media advocacy. @KKMPutrajaya welcomes industry or academia initiated research for the medicinal use of CBD. We are ready to collaborate.
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) April 6, 2022
Join our Telegram Channel