Mahkamah jatuh hukuman mati guru agama rogol 13 pelajar



Mahkamah Indonesia hari ini menjatuhkan hukuman mati kepada seorang guru agama yang didapati bersalah merogol 13 pelajar, dalam tempoh lima tahun.

Menurut Reuters, ia selepas mahkamah memutuskan untuk menerima rayuan pendakwaraya untuk hukuman itu, setelah Herry Wirawan, 36, sebelum itu dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

"Kami menjatuhkan hukuman mati kepada defendan," kata hakim dalam kenyataan yang dimuat naik di laman web Mahkamah Tinggi Bandung hari ini.


Peguam Herry, Ira Mambo enggan mengulas jika pihaknya akan membuat rayuan, dengan berkata perlu melihat penghakiman penuh terlebih dulu.

Kes Herry, yang juga pengurus sebuah pesantren di Bandung, mengejutkan seluruh Indonesia dan membangkitkan keperluan melindungi kanak-kanak daripada keganasan seksual.

Menurut mahkamah sebelum ini, antara 2016 hingga 2021, Herry dilaporkan melakukan amang seksual kepada 13 pelajar perempuan - berusia antara 12 hingga 16 tahun - dan menghamilkan lapan orang mangsanya. – 



Join our Telegram Channel
Telegram