Memorandum persefahaman (MOU) adalah perjanjian antara Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan persekutuan pimpinan BN, bukan dengan Umno, kata Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad.
Ini berlaku selepas Majlis Tertinggi Umno memutuskan pada 14 April bahawa MOU itu tidak akan dilanjutkan lagi selepas tarikh akhir Julai ini.
“Perlu dijelaskan di sini bahawa MOU itu adalah perjanjian dan ikatan yang dibuat antara PH dan kerajaan persekutuan, bukannya dengan Umno.
“Oleh itu sebarang keputusan untuk meneruskan atau tidak meneruskan MOU tersebut adalah tertakluk kepada keputusan perdana menteri, bukan keputusan MKT Umno,” kata Khalid dalam satu kenyataan malam tadi.
Usaha PH dengan MOU itu adalah selaras dengan Agong, katanya, yang telah menitahkan agar parti politik mengekalkan kestabilan politik supaya kerajaan dapat menumpukan perhatian kepada usaha memerangi wabak Covid-19, memulihkan ekonomi dan memastikan kesejahteraan rakyat.
Sebab itu, katanya, PH telah melaksanakan inisiatif yang ditetapkan dalam MOU supaya kestabilan politik dapat dicapai.
Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam berkata adalah malang Umno - yang cuba menggambarkan parti mereka mampu memberikan kestabilan - lebih berminat untuk bermain politik dan merampas kuasa.
"Ternyata Umno adalah dalang sebenar punca ketidakstabilan politik sepanjang dua tahun ini," katanya.
Khalid yakin Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob boleh melihat MOU itu untuk kebaikan rakyat dan negara, bukannya "politik sempit" Umno.
Majlis Tertinggi Umno juga telah mengumumkan bahawa Ismail Sabri akan menjadi calon perdana menteri mereka untuk pilihan raya umum ke-15 akan datang.
Khalid bagaimanapun menyorot pilihan raya Johor bulan lepas, di mana Umno pada mulanya Umno menjanjikan Hasni Mohammad sebagai calon menteri besar mereka tetapi kemudiannya meletakkan Onn Hafiz Ghazi sebagai menteri besar.
ARTIKEL BERKAITAN:
- PANAS: Ronnie Liu panggil mesyuarat tergempar, gesa PH batal MoU dengan kerajaan
- Tangguh RUU Anti Lompat Parti, ada gunting dalam lipatan, Zahid soal kerajaan
- Menteri pun katak politik, susah nak lulus RUU antilompat - Shahrir
- Muhyiddin bimbang RUU Anti Lompat Parti jadi undang-undang zalim
- Umno putuskan MOU kerajaan-PH tak akan dilanjutkan
- Kerajaan akan ikut keputusan MKT Umno tolak lanjut MoU dengan pembangkang, kata PM
- MOU PH dengan kerajaan, bukan dengan Umno - Khalid
Join our Telegram Channel