PANAS: Nama Hakim Nazlan muncul dalam dokumen Maybank, termasuk salah seorang yang menubuhkan SRC



Persoalan tentang wang tunai sebanyak RM1 juta atau RM2 juta telah dimasukkan ke dalam akaun Nazlan pada 2010, siapa yang mendepositkannya dan mengapa ia didepositkan itu kita tidak dapat ulas kerana ia adalah asas siasatan SPRM.

Tiada sesiapa termasuk hakim berada di atas undang-undang dan SPRM berhak untuk menyiasat dan mendakwa sekiranya ada asas.

Sama seperti bagaimana seorang hakim yang masih berkhidmat telah disiasat dan didakwa oleh SPRM atas pertuduhan rasuah pada tahun 2019 ketika PH berkuasa dan Tommy Thomas adalah Peguam Negara.

Buktinya: Nov 2019: SPRM akan mendakwa hakim dan pendakwa yang sedang berkhidmat. Rujuk di sini.


Tetapi apa yang jelas ialah kini terdapat alasan dan sebab yang semakin kukuh untuk membuktikan terdapat kecacatan salah bicara (mistrial) yang jelas dalam kes SRC DS Najib kerana hakim itu kelihatan jelas terpalit dengan konflik, tidak mengisytiharkan kepentingan dirinya dan tidak menarik diri dari perbicaraan.

Hakim Nazlan tidak sepatutnya mendengar kes Najib. Dia hanya dinaikkan pangkat menjadi hakim mahkamah tinggi dari mahkamah sivil pada Feb 2017.

Apabila kerajaan Mahathir mengambil alih kuasa, mereka menggantikan Ketua Hakim Negara dan juga Ketua Hakim Malaya.

Hakim Nazlan yang khidmatnya hanya berusia hampir setahun ketika itu, yang tidak mempunyai pengalaman mengendalikan kes di mahkamah jenayah kemudiannya dipindahkan untuk menggantikan hakim sedia ada (Hakim Sofian) dalam kes Najib untuk mendengar kes SRC walaupun kes itu telah pun berjalan di bawah Hakim Sofian.

Tidak pernah berlaku situasi seperti ini di mana-mana tempat di dunia ini bilamana seorang hakim junior dengan pengalaman mahkamah jenayah sifar telah dipindahkan secara tiba-tiba untuk mengambil alih kes jenayah paling berprofil tinggi negara walaupun sudah ada hakim senior sebelum itu yang sudahpun mula mendengar kes itu.


Alasan yang diberikan adalah sangat lemah yakni, "Adalah rutin biasa bagi seorang hakim untuk dipindahkan ke mahkamah lain," 🤦🏼‍♂️ Rujuk di sini.

Tetapi dokumen dan mesyuarat lembaga pengarah yang baru-baru ini didedahkan menunjukkan bahawa hakim itu terpalit dengan konflik kepentingan diri yang jelas.

Beliau adalah Ketua Peguam dan setiausaha syarikat kepada Maybank pada tahun 2010.

Dan Maybank pada tahun 2010 yang menasihati 1MDB untuk menubuhkan SRC yang mana ini jelas bercanggah dengan alasan penghakiman Nazlan bahawa Najib menubuhkan SRC untuk menggubah wang (bukan mencuri) - seperti yang didedahkan dalam minit mesyuarat ahli lembaga pengarah 1MDB  yang sebelum ini tidak didedahkan kepada pasukan guaman Najib semasa perbicaraan SRC.

Dan pendedahan terkini pula jelas menunjukkan bahawa Maybank lah yang telah dibayar oleh 1MDB pada tahun 2010 dengan khidmat bayaran sebanyak RM800k bagi tujuan menubuhkan SRC termasuk menetapkan hala tuju perniagaan, rancangan perniagaannya, dasar syarikat dan juga struktur organisasinya!


Perkara ini juga tidak diberitahu kepada peguam Najib semasa perbicaraan SRC.

Dan kita belum sebut tentang Zeti dan Nor Yakcop yang disenaraikan sebagai saksi pendakwaan terhadap Najib sedangkan mereka atau ahli keluarga mereka telah dibayar lebih banyak wang oleh Jho Low daripada RM42 juta yang masuk ke akaun Najib (yang tidak pernah Najib gunakan wang ini untuk dirinya sendiri, tidak pernah beliau minta dan tidak pernah beliau arahkan untuk dimasukkan ke dalam akaunnya).

Dan sekali lagi perkara ini tidak pernah didedahkan kepada pihak pembelaan dan lebih teruk lagi, bahan bukti baru ini enggan diterima sebagai dokumen mahkamah tambahan.

Kesemua ini adalah alasan kukuh untuk mensabitkan salah bicara (mistrial) seperti kata pepatah: "Keadilan bukan sahaja harus dilaksanakan, tetapi juga mesti dilihat telah dilaksanakan.” 

Link laporan Tahunan Maybank 2010. Rujuk di sini.











ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram