Raja Petra dedah polis selesai siasat Nazlan, buka semula siasatan tersebut



Raja Petra dedahkan semalam siasatan polis terhadap Nazlan dah selesai dan hasil laporannya pun dah ada. RPK pun ada salinan laporan siasatan tu. RPK tanya bila PDRM nak dedahkan. 😂

Kalau PDRM tak dedahkan, Nabeel rasa RPK akan dedahkan.

So, macam mana pun tetap akan terbongkar.

Siapa-siapa yang sedang melindungi dan menghalang laporan hasil siasatan ini dari diketahui umum sebenarnya tersepit. 😎


Apapun…kita tahu kini yang siasatan dapati ada sejumlah RM1,036,127.40 tunai yang dimasukkan ke dalam akaun Maybank peribadi Nazlan atas ‘khidmat tertentu’ yang diberi Nazlan ketika 1MDB mendapatkan pinjaman Maybank sebanyak RM 6 billion untuk membeli Tanjung Energy Holdings yang merupakan IPP dimiliki oleh kroni Kerala Tua Ananda Krishna pada ketika itu.

Ananda Krishna untung berbillion-billion.

Pembelian ini juga adalah atas nasihat Goldman Sachs yang mana Goldman Sachs memperolehi bayaran komisyen ratusan juta atas pembelian ini. 😎

Ada yang bertanya mengapa bayaran untuk Nazlan ini (untuk khidmat tertentu) siap ada sen-sen di belakangnya.

Jawapan paling mudah adalah…bayaran itu adalah dalam mata wang asing. Nilai tukaran semasa menjadikan jumlahnya sebegitu.


Dan RPK dedahkan ia dibayar melalui 11 transaksi yang setiap satunya bernilai sekitar RM 100K.

Pembayaran ini pula dilakukan ngam-ngam ketika deal pinjaman Maybank dan 1MDB untuk pembelian Tanjung. 😒

Timbul persoalan kini…

Jika benar wang sebanyak itu datangnya dari luar negara…bagaimanakah ia dibenarkan masuk ke dalam akaun Nazlan?

Bukankah sebarang kemasukan wang dari luar negara melebihi RM 50K memerlukan kebenaran Gabenor Bank Negara? 😎

Jeng jeng jeng… 😎

Zeti…where are yuuuu??? 😝

– Nabeel Naqie



Please subscribe


ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram