Sapa kata Bella xnk makan? – Nurse kongsi video Bella sehari selepas diselamatkan



Antara kronologi berkenaan dengan kes adik Bella, sumber mendakwa penghuni telah memberi alasan kononnya remaja OKU itu tidak mahu makan seperti yang diarahkan oleh Siti Bainun

Jadi, perkara itu diberitahu oleh mereka kepada Zurianty Sudin yang dikenali sebagai ‘Mommy’ saat ternampak keadaan Bella, dikatanya lagi Bella buang makanan itu.

Kalau korang ingat ada satu video yang menyayat hati tengok keadaan adik Bella, video yang menyebabkan isu ini jadi hangat.

Siapa kata bella tak mau makan? Awat kat hospital dia makan okay je?


Mengimbau semula dakwaan tersebut, ada satu video yang dikongsikan oleh individu yang dikenali sebagai Syahzra Khan menerusi Facebook miliknya berkenaan dengan rakaman daripada seorang jururawat yang menjaga adik Bella.

Difahamkan video tersebut dirakam pada sehari selepas adik Bella dapat keluar dari Rumah Bonda.

Dakwaan adik Bella tak mahu makan itu sangatlah tidak benar apabila jururawat ini mengatakan bahawa adik Bella ada buat permintaan makanan.

Dalam video tersebut, sebak rasanya apabila melihat adik Bella makan dengan penuh selera, hari kedua siap pesan nak sarapan mee goreng lagi.

Dalam pada itu, ada satu lagi video menunjukkan keadaan adik Bella sepanjang dia berada di wad, ia dijelaskan bahawa adik Bella tidak tidur dengan lena kerana akan menjerit tiap malam.


Dia perlu diperhatikan pada setiap malam, ada masa kena tepuk-tepuk sambil zikir baru lah dia dapat tidur, kata jururawat bertugas lagi, adik Bella ini seorang yang rajin, suka membantu orang sampaikan makcik di hospital itu dah mengenalinya.

Malah, adik Bella ni mahukan perhatian lebih, dia juga begitu disenangi, ramai orang membelikannya buku dan alat tulis pada waktu itu.

Mood anak syurga ini begitu cerita selepas dapat keluar daripada ‘azab’ tersebut, Bella dilihat begitu gembira semasa ingin discharge daripada hospital.

Apa pun diharap adik Bella sekarang bahagia sahaja, mudah-mudahan dapat sambut raya dengan tenang. #justiceforbella. – LobakMerah



Please subscribe



Join our Telegram Channel
Telegram