Tadi saya sempat berjumpa dengan keluarga Yasin. Saya mohon maaf kepada
Saudara Yasin sebab terlepas pandang post saudara pada Oktober lepas.
It was a cry for help not only for Yasin but for others who have been
suffering and needing medical cannabis as treatment.
Tidak ada mak ayah yang nak tengok anak mereka sakit dan masuk penjara sebab
cari rawatan. Ibu bapa hanya mahukan yang terbaik untuk kesihatan anak-anak.
Mama saya pun merayu, mohon bantu saudara Yasin.
Saya ada jumpa mak ayah yang terpaksa beli CBD dari luar negara untuk
anak-anak mereka. Doktor-doktor pun ada cuba bantu dapatkan CBD untuk pesakit.
They deserve to get the best medicine for their health. This is matter of
life & death.
Saudara Yasin yang kita kenal ini baru satu, tapi ada banyak lagi Yasin yang
kita tak kenal mungkin dah dihukum dan tidak mendapat rawatan yang betul.
Undang-undang pengharaman perubatan kanabis dah lapuk. WHO sendiri dah
keluarkan kanabis dari senarai narkotik.
Realitinya, bila cakap mengenai rokok, rokok membunuh 8 juta orang setiap
tahun, di Malaysia sahaja 27,000.
Alkohol pula 3 juta kematian setiap tahun.
Tapi bila bercakap hal kanabis untuk perubatan, tiba-tiba ia menjadi satu
taboo dan tindakan hukuman undang-undang dikenakan.
Ingat, pesakit bukan penjenayah!
Join our Telegram Channel