PETALING JAYA: Ahli Umno diseru menilai semula kerjasama dengan Muhyiddin Yassin selepas pertemuan presiden Bersatu itu dengan Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini, kata Ahmad Zahid Hamidi susulan dakwaan bahawa beliau mahu bekerjasama dengan seteru Umno untuk kembali menjadi perdana menteri.
Zahid berkata, walaupun Umno tidak sempurna, tetapi parti itu tidak terdesak untuk menjual prinsip untuk kembali berkuasa.
“Mahukah kita terus bekerjasama dengan parti sedemikian?
“Umno ini tidak sempurna. Tetapi kita tidaklah terdesak, menjual prinsip dan sanggup melakukan apa sahaja semata-mata mahu menebus malu dan menggenggam kuasa,” katanya di Facebook.
Jumaat lalu, Dr Mahathir Mohamad yang juga pengerusi Pejuang berkata, Muhyiddin menemuinya meminta bantuan bagi mendapatkan semula jawatan perdana menteri.
Selain Mahathir, Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal turut mendedahkan bahawa Muhyiddin menghubunginya untuk mendapatkan sokongan bagi membolehkannya menjadi perdana menteri sekali lagi.
Dalam pada itu, Zahid berkata perjumpaan Muhyiddin dengan Mahathir membongkar niat sebenar presiden Bersatu itu.
“Kita fikir mereka berdiri atas ideologi. Rupa-rupanya semua demi kepentingan peribadi.
ARTIKEL BERKAITAN:
- MP PAS dedah ada pimpinan tertinggi mahu kerjasama PN-PH
- DEDAH: Muhyiddin anjur perbincangan antara PN, PH di Pulau Carey
- Muhyiddin jumpa Dr M cadang kerjasama #PRU15
- Hadi akan bertemu Dr M bentuk kerjasama #PRU15
- Muhyiddin terdesak? Selepas jumpa Dr M, dia call saya, dedah Shafie Apdal
- Lepas tikam belakang, Muhyiddin minta sokong untuk jadi PM semula – Dr M
- Depan sokong Ismail jadi PM, belakang khianat, Najib sindir Muhyiddin
- Pejuang yang jumpa saya dulu – Muhyiddin
- Janji tak serupa bikin, tikam belakang, DAP-Amanah tolak kerjasama Muhyiddin
- Muhyiddin sedar PN tak mampu tumbangkan BN – Hashim Jasin
- Umno mahu kerjasama ke lepas pertemuan Muhyiddin-Dr M, soal Zahid
Join our Telegram Channel