BANGKOK – Seorang wanita Thailand yang bersenjatakan sebilah pedang samurai
dilaporkan menyerang sepasang suami isteri di rumah mereka kerana enggan
melakukan hubungan intim (threesome) dengannya, lapor laman berita
Thaiger semalam.
Pasangan itu memaklumkan bahawa mereka berkali-kali diugut sehingga terpaksa
melarikan diri dari Bangkok tetapi wanita itu masih mengekori mereka.
Netizen Thailand berkongsikan sebuah klip video memaparkan seorang wanita
berpakaian berwarna biru cuba menikam seorang lelaki di hadapan rumahnya.
Lelaki yang dikenali sebagai Air, 38, itu memberitahu media Thiland bahawa dia
dan wanita dikenali sebagai Aum, 40, itu telah berkawan selama setahun.
Mereka mengenali antara satu sama lain ketika masing-masing sudah mempunyai
pasangan. Bagaimanapun, Air berkata bahawa dia sering diminta oleh Aum untuk
melakukan hubungan intim dengannya, namun ditolak.
Akibat tidak dapat menahan sikap aneh wanita tersebut, Air memutuskan untuk
melarikan diri dari Bangkok ke wilayah Phetchabun.
Lelaki itu menambah bahawa Aum pernah pergi ke rumah isterinya di Nonthaburi
dan mengugut anak lelaki mereka yang berusia 11 tahun.
Video yang dimuat naik di media sosial dirakam oleh isteri Air dan dia
mengesyaki bahawa Aum mempunyai gejala penyakit psikotik.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Gadis jana RM11,000 sebulan hanya dengan jual bulu di tubuhnya
- Lelaki beristeri 9 sedih seorang isteri minta cerai
- Wanita guna pedang samurai serang suami isteri kerana enggan threesome (10 gambar)
- Mangsa terjaga tidur jerit nampak perompak telanjang tapi pakai face mask
- Ibu guna pembesar suara masjid cari siapa tendang ‘anu’ anak
- Wanita Malaysia tumbuh ‘tanduk’ pada payudara
- Isteri mahu cerai, suami obses besarkan kemaluan
- Empat lelaki ditahan kerana rogol biawak
- Warga emas mengaku salah rogol kucing di taman permainan
Join our Telegram Channel