JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga emas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan melakukan persetubuhan luar tabii dengan seekor kucing dalam satu kejadian di sebuah taman permainan di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai pada 16 April lalu.
Tertuduh, Janting Anak Keling, 63, membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Fatimah Zahari.
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang tidak bekerja itu telah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii iaitu dengan seekor kucing menyebabkan kucing tersebut mati.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu disebuah taman permainan kawasan perumahan di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai pada pukul 4.30 pagi, 16 April lalu.
Sehubungan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 377 kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga dikenakan denda atau sebatan.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memberitahu, dia memohon agar wang jaminan dikurangkan kerana tidak bekerja dan hanya berada di negeri ini untuk melawat anaknya yang menetap di kawasan berkenaan.
Mahkamah kemudian menetapkan wang jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan tarikh 25 Mei untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen.
Difahamkan, mahkamah tidak menjatuhkan hukuman walaupun tertuduh telah membuat pengakuan bersalah adalah bagi membolehkan penilaian dibuat terhadap dokumen kes terlebih dahulu.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S. Thiviya.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Gadis jana RM11,000 sebulan hanya dengan jual bulu di tubuhnya
- Lelaki beristeri 9 sedih seorang isteri minta cerai
- Wanita guna pedang samurai serang suami isteri kerana enggan threesome (10 gambar)
- Mangsa terjaga tidur jerit nampak perompak telanjang tapi pakai face mask
- Ibu guna pembesar suara masjid cari siapa tendang ‘anu’ anak
- Wanita Malaysia tumbuh ‘tanduk’ pada payudara
- Isteri mahu cerai, suami obses besarkan kemaluan
- Empat lelaki ditahan kerana rogol biawak
- Warga emas mengaku salah rogol kucing di taman permainan
Join our Telegram Channel