TERKINI: Bersatu bincang tubuh kerajaan baharu tanpa PAS



KUALA LUMPUR – Bersatu menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri. 

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan sokongan partinya terhadap Perdana Menteri adalah untuk memastikan kestabilan politik dan memberi tumpuan kepada masalah utama rakyat masa kini iaitu beban kos sara hidup dan kenaikan harga barangan makanan.

“Menyokong Perdana Menteri dalam memastikan kestabilan politik dan memberi tumpuan kepada masalah utama rakyat masakini iaitu beban kos sara hidup dan kenaikan harga barangan makanan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu 8 Jun lalu antara lain membincangkan kedudukan Da­tuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.


Katanya sumber mendedahkan, per­kara itu antara dua cadangan yang didakwa dinyatakan sendiri oleh kalangan pemimpin parti tersebut dalam mesyuarat berke­naan.

“Bersatu kata, kalau boleh nak (bincang) sekarang ke­du­dukan Ismail Sabri. Sebab ka­lau Bersatu dapat sokongan daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Pakatan Harapan (PH), dia boleh tukar kerajaan Ismail Sabri tanpa adakan pilihan raya.

Tidak disebut PAS ada di dalam gabungan

“Bagaimana caranya. Itu tidak disebut. Tetapi jika difikir secara logik, caranya adalah dengan menarik sokongan.

“Cuma sekarang ini Bersatu tak buat lagi sebab kalau Ismail Sabri jatuh, tidak tahu siapa yang akan naik. Jadi parti itu tidak mahu perkara itu berlaku. Sebab Bersatu memang ada niat untuk memegang kembali jawatan Perdana Menteri” dakwanya memetik akhbar itu.

Namun, menurut sumber itu lagi, terdapat tiga ahli MPT yang bangkit bersuara supaya Bersatu kembali menyatakan sokongan terhadap kepemimpinan Ismail Sabri.


“Tiga ahli MPT itu adalah Datuk Razali Idris, Datuk Seri Ikmal Hisham dan Dr. Faiz Na’aman. Mereka minta supaya kekal sokong Ismail Sabri dan ikut sahaja saranan PAS,” jelasnya.

Mengulas lanjut, cada­ngan kedua yang didakwa dise­but pemimpin Bersatu adalah membuat gabungan kesemua parti politik dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Cadangan kedua ini akan dibuat sekiranya cadangan pertama tidak berjaya,” katanya ringkas.

Jelas sumber itu lagi, suara MPT itu kemudiannya di­sambut dengan menjelaskan sokongan terhadap Ismail Sabri adalah antara cadangan yang disenaraikan biro politik Bersatu. – SuaraTV



Join our Telegram Channel
Telegram