PUTRAJAYA – Lelaki gila seks yang bertindak menujuk kemaluan kepada pelajar
sekolah di sini pada Rabu lalu akhirnya berjaya ditahan polis tengah malam
semalam.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata,
suspek berusia 38 tahun yang juga penganggur itu ditahan di rumah ibunya di
sini pukul 12.30 tengah malam semalam.
Beliau berkata, pihaknya turut merampas sebuah kereta jenis Proton Persona
beserta serangkai kunci dan alat kawalan jauh selain sehelai baju warna hitam
dan sehelai seluar jeans.
“Soal siasat mendapati, suspek mengaku terlibat dalam perbuatan itu dan
memaklumkan telah pergi ke sebuah sekolah menengah dan sekolah rendah di
Presint 11 masing-masing pukul 12.30 tengah hari dan 2 petang.
“Ketika berada di hadapan sekolah berkenaan, suspek telah mendekati dan
bertanya kepada salah seorang pelajar perempuan sambil menunjuk dan
menggoncang kemaluannya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, siasatan juga mendapati suspek merupakan anak keempat dalam keluarga,
masih bujang, tiada rekod jenayah lampau dan menetap bersama ibunya yang
berusia 74 tahun.
A. Asmadi berkata, suspek sebelum ini pernah bekerja sebagai juruelektrik dan
penunggang p-hailing.
Jelasnya lagi, suspek ditahan reman bermula semalam bagi membantu siasatan dan
kes disiasat mengikut Seksyen 15(a) Akta Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Buat kacau, tunjuk kemaluan, lelaki mati ditetak
- Jiran sangap tunjuk kemaluan
- Polis mengesan lelaki tunjuk kemaluan, onani dalam LRT
- Pemimpin UMNO Seremban hilang selepas video aksi lucah tunjuk kemaluan tular
- Lelaki 53 tahun peluk, gesel kemaluan kanak-kanak ditahan
- Bogel, tunjuk kemaluan tu video lama – Bella Astillah
- Lelaki tunjuk kemaluan kepada pelajar
- Lelaki tunjuk kemaluan kepada pelajar ditahan polis
- Tok Siak cabul, tunjuk kemaluan pada kanak-kanak perempuan ditahan
- Tunjuk kemaluan di tempat awam, lelaki didenda RM100
Join our Telegram Channel