Pelakon cantik, Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani binti
Ismail, 30 bukanlah nama asing dalam industri seni Tanah Air.
Setiap watak yang dibawakan oleh aktres berusia 30 tahun ini sentiasa mendapat
pujian daripada peminat drama Melayu seperti dalam drama Lakonan mantapnya
dalam drama Nusyuz Berkiblat Cinta yang ditayangkan di saluran Astro baru-baru
ini.
Dia yang sememangnya dikenali sebagai seorang selebriti yang merendahkan diri
juga dilihat tidak lokek berkongsi kisah kehidupan hariannya di laman
Instagram dengan memuat naik kepingan gambar untuk peminat.
Emma dedah aurat tepi pantai?
Sejak mengambil keputusan untuk membuka hijab pada awal tahun 2019, penampilan
pelakon kacukan ini sering mendapat kritikan di kalangan netizen kerana
dianggap mengenakan imej seksi dan menjolak mata.
Terbaru, pelakon itu ada memuat naik beberapa gambar di tepi pantai semasa
bercuti di Pulau Perhentian, Terengganu dan ia sekali lagi berjaya mencuri
perhatian ramai.
Menerusi hantaran yang dikongsikan itu, Emma dilihat memakai gaun berwarna
putih sedang duduk bersimpuh ayu sambil mengenakan ‘shades’.
Pun begitu, cara pelakon itu duduk bersimpuh seolah-olah tidak sopan kerana
menampakkan bahagian tidak sepatutnya.
Jagalah aurat tu sikit….
Sedar dengan peranan sebagai seorang muslim untuk menegur kemungkaran,
terdapat netizen meminta anak kelahiran Terengganu itu untuk menjaga auratnya
daripada terdedah meskipun sudah tidak memakai tudung lagi.
Takutlah dengan azab Allah S.W.T
Bila nak bertudung balik?
Makin ditegur makin….
Cantiknya Emma…
Walaupun menerima teguran oleh warganet, masih ramai pengikut memuji akan
kecantikan pelakon tersebut.
Terdahulu, Emma Maembong pernah dikritik teruk oleh warganet kerana memakai
singlet putih yang menjolok mata semasa bercuti di Bali.
ARTIKEL BERKAITAN:
- PANAS: Haneesya Hanee terima gangguan seksual gara-gara video bersenam dengan adik lelaki
- Fiza Halim nafi projek dalam toilet, tawar khidmat seks
- Netizen tegur Emma Maembong seksi sangat sampai nampak tempat tak sepatutnya
- 'Bukan laki kau pun yang tampar bontot aku!' – Ifa Raziah pertahan aksi goyang bontot
Join our Telegram Channel