PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memandang serius tindakan beberapa pengasas produk kecantikan serta selebriti terkenal yang memuat naik kandungan berunsur sumbang dan jelik di laman aplikasi Instagram dan Tik Tok.
Susulan aduan daripada orang ramai berhubung tindakan individu berkenaan, SKMM dengan kerjasama polis akan menjalankan pemeriksaan bagi tujuan siasatan terhadap ketiga-tiga individu terbabit di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, semalam.
SKMM berkata, siasatan lanjut berkaitan kes ini masih dijalankan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya, dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
“Sehubungan itu, orang ramai khususnya selebriti yang mempunyai pengaruh di dalam masyarakat seharusnya menunjukkan teladan yang baik dan peka untuk tidak memuat naik kandungan yang bertentangan dengan undang-undang,” katanya dalam kenyataan.
Difahamkan, siasatan dibuat MCMC merujuk kepada aksi tepuk punggung membabitkan tiga selebriti dan usahawan.
Tindakan itu bagaimanapun mengundang kecaman daripada warganet kerana tidak sopan. – FMT
Please subscribe
ARTIKEL BERKAITAN:
- PANAS: Haneesya Hanee terima gangguan seksual gara-gara video bersenam dengan adik lelaki
- Fiza Halim nafi projek dalam toilet, tawar khidmat seks
- Netizen tegur Emma Maembong seksi sangat sampai nampak tempat tak sepatutnya
- 'Bukan laki kau pun yang tampar bontot aku!' – Ifa Raziah pertahan aksi goyang bontot
- SKMM siasat pengasas produk, selebriti isu aksi tampar bontot
Join our Telegram Channel